Kelibat Pocong Dalam Drama ‘Start-Up’ Ini Curi Perhatian Ramai

Drama bersiri Start-Up masih lagi mencuri perhatian orang ramai bukan sahaja dalam kalangan penduduk Korea Selatan tetapi masyarakat di seluruh dunia.

Walaupun ia sentiasa trending kerana konsep uniknya dan cinta tiga segi yang membuatkan rata-rata penonton tidak senang duduk, Start-Up sekali lagi mencuri perhatian orang ramai selepas kehadiran entiti kelihatan seakan-akan hantu pocong dalam episod terbaharu drama tersebut.

Siapa sangka hantu yang cukup terkenal kerana dibaluti kain putih ini sudah dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa selepas ia membuat kemunculan istimewa dalam drama Start-Up?

Sumber: Twitter @infodrakor_id

Walaupun kehadiran entiti tersebut merupakan sesuatu yang cukup menyeramkan, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet mempunyai perasaan ingin tahu bagaimana hantu yang lebih simbolik dengan masyarakat di Malaysia dan Indonesia ini mampu membuat โ€˜penampilanโ€™ dalam drama berkenaan:

Sementara itu, ia masih belum diketahui sama ada penampilan hantu pocong tersebut disengajakan atau hanya sekadar props untuk drama tersebut pada waktu artikel ini ditulis.ย 

Sumber: Twitter @infodrakor_id

Untuk pengetahuan anda, Start-Up yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nam Joo-hyuk, Bae Suzy, Kim Seon-ho dan Kang Han-na ini mengambil tempat di Sandbox iaitu Lembah Silikon fiksyen versi Korea serta mengisahkan individu terlibat dalam dunia syarikatย start-up. Pada pendapat anda, adakah entiti putih itu pocong atau sebaliknya?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca