Kelibat Misteri Di Stesen MRT, Tarik Perhatian Orang Awam

Orang Orang Drum Theatre

Kecoh di TikTok, terdapat rakaman penampakan satu kelibat misteri seorang wanita berbaju putih di Transit Aliran Massa (MRT) stesen Pasar Seni yang telah menarik perhatian warganet.

Menerusi perkongsian video berdurasi 25 saat di aplikasi TikTok, wanita yang berkelakuan pelik itu berjalan secara perlahan dan menunduk seakan sedang dirasuk menimbulkan suasana seram.

Pada waktu artikel ini ditulis, perkongsian video TikTok tersebut telah meraih lebih satu juta tontonan.

Ini secara tidak langsung menjadi tanda tanya kepada orang ramai berkenaan ‘identiti’ wanita tersebut.

Sejurus selepas itu, pihak Rapid KL mengesahkan bahawa kejadian itu sebenarnya satu acara teater yang berlangsung di stesen MRT Pasar Seni.

Projek seni persembahan awam “In Transit-ion: A Poetic MRT Journey” oleh Orang Orang Drum Theatre merupakan satu persembahan teater yang berlangsung di beberapa stesen MRT dan gerabak MRT sekitar Lembah Klang.

Mereka selesai mengadakan tujuh persembahan dan persembahan terakhir telah diadakan semalam.

Di sini anda boleh saksikan satu lagi perkongsian yang telah dibuat, menunjukkan rakaman ringkas persembahan itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan TikTok, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca