Kelebihan Kuali Non-Stick, Kedai Jual Cookware Set Tefal Online Ini Tawarkan Diskaun Sehingga 40%

Kepada para isteri, suri rumah serta pasangan baru berkahwin yang sedang mencari peralatan memasak seperti kuali non-stick yang bagus dan berkualiti, kedai yang menjual cookware set Tefal secara online ini menawarkan diskaun sehingga 40% untuk anda!

Barang peralatan memasak sememangnya merupakan salah satu kepentingan dan keperluan bagi semua orang tidak kira yang sudah berkahwin ataupun masih bujang. Namun begitu, terdapat pelbagai jenis peralatan memasak yang berada di pasaran sehingga kita jadi rambang mata untuk memilih.

Periuk serta kuali non-stick sudah semestinya menjadi jenis peralatan memasak yang wajib ada dalam senarai keperluan cookware anda. Salah satu jenama yang sememangnya terkenal dengan cookware set yang bagus dan berkualiti ialah Tefal.

Kelebihan Kuali Non-Stick, Kedai Jual Cookware Set Tefal Online Ini Tawarkan Diskaun Sehingga 40%
Tefal Cook Easy 32cm Non-Stick Wokpan

Kuali Non-Stick Tefal Bebas PFOA

Jenama Tefal seringkali menjadi sebutan dan bahan buah mulut para isteri dan suri rumah sepenuh masa. Tefal sangat dikenali dengan produk peralatan memasak jenis non-stick terutamanya kuali mereka.

Apabila disebut tentang perkakas dapur jenis non-stick, antara perkara yang menjadi persoalan utama bagi setiap pengguna ialah adakah ianya selamat digunakan? Anda tidak perlu bimbang kerana berbeza dengan kuali non-stick yang lain, Tefal bebas daripada Perfluorooctanoic acid (PFOA) yang boleh memudaratkan kesihatan.

Sebaliknya, Tefal menggunakan Polytetrafluoroethylene (PFTE) iaitu sebuah bahan yang tidak bertindak balas dengan makanan dan tidak akan membahayakan kesihatan para pengguna. Keselamatan penggunaan PTFE telah dibuktikan secara saintifik oleh Kementerian Kesihatan Awam di Eropah dan Amerika Syarikat.

Selamat Untuk Alam Sekitar

Bukan sahaja cookware set jenis non-stick daripada Tefal ini selamat untuk digunakan untuk pengguna, tetapi ia juga mesra alam sekitar. Hal ini demikian kerana jenama terkenal ini menggunakan bahan-bahan mentah seperti aluminium yang dikitar semula.

Tefal adalah antara pengeluar pertama yang menggunakan 100% bahan aluminium yang dikitar semula bagi mengurangkan pencemaran sebanyak 90%. Mereka juga memastikan setiap penghasilan produk Tefal mengikuti peraturan yang ketat demi menjaga kepentingan alam sekitar.

Penunjuk Haba Thermo-Spot

Kelebihan Kuali Non-Stick, Kedai Jual Cookware Set Tefal Online Ini Tawarkan Diskaun Sehingga 40%
Contoh Thermo-Spot pada Tefal Cook Easy 32cm Non-Stick Wokpan

Salah satu perkara yang istimewa tentang produk daripada Tefal ini ialah setiap periuk dan kuali non-stick mereka mempunyai penunjuk haba Thermo-spot.

Thermo-spot ini akan bertukar kepada warna merah apabila suhu telah mencecah lebih 200 darjah Celcius iaitu suhu optimum untuk memasak.

Dengan instalasi Thermo-spot ini, tidak akan ada lagi masalah periuk atau kuali yang terlalu panas atau kurang panas. Ia juga dapat mengelakkan masakan anda daripada hangus.

Laman Web Little Home Store

Muka hadapan laman web Little Home Store

Semenjak dilanda pandemik ini, agak sukar untuk kita keluar mencari barang-barang keperluan dan salah satunya ialah alat perkakas dapur. Jadi, kebanyakan daripada kita memilih untuk berbelanja secara dalam talian sahaja.

Berita baik untuk anda yang sedang mencari cookware set yang bagus, berkualiti serta tahan lama, Little Home Store ialah sebuah kedai yang menjual peralatan memasak jenama Tefal secara online.

Kelebihan Kuali Non-Stick, Kedai Jual Cookware Set Tefal Online Ini Tawarkan Diskaun Sehingga 40%
Tefal So Chef Induction 4 Piece Non-Stick Cookware Set

Little Home Store menjual pelbagai produk jenama Tefal seperti sudip, jag sehinggalah set kuali dan periuk non-stick dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding di pasaran. Lebih menarik lagi, mereka juga menawarkan diskaun sehingga 40%. Jika anda berminat, anda boleh membuat pembelian di laman web ini.

Barangan Tefal Dengan Diskaun Sehingga 40%

Kedai yang menjual set barangan memasak ini menawarkan pelbagai jenis cookware non-stick daripada Tefal seperti Tefal Cook & Clean, Tefal Cook Easy, Tefal Delight, Tefal Light & Clean, Tefal Natura serta Tefal So Chef Induction yang boleh didapati dalam saiz yang berbeza.

1) Tefal So Red 6 Piece Non-Stick Cookware Set

Tefal So Red 6 Piece Non-Stick Cookware Set

Antara cookware set yang menjadi pilihan ramai ialah Tefal So Red 6 Piece Non-Stick Cookware Set. Set ini mengandungi enam jenis barangan dapur yang terdiri daripada kuali non-stick bersaiz 20cm, 24cm dan 28cm, non-stick wokpan bersaiz 28cm, penutup kaca bersaiz 28cm dan juga spatula.

Harga asal untuk cookware set ini ialah RM599 tetapi dengan berbelanja di Little Home Store, anda akan dapat keenam-enam perkakas dapur ini dengan harga RM309 sahaja.

2) Tefal Clear Cook 3-piece Non-Stick Cookware Set

Tefal Clear Cook 3-piece Non-Stick Cookware Set

Anda juga boleh dapatkan Tefal Clear Cook 3-piece Non-Stick Cookware Set ini dengan harga serendah RM145 sahaja! Harga asal cookware set ini ialah RM249. Jadi, dengan berbelanja di Little Home Store, anda akan jimat sebanyak RM104.

3) Tefal Cooking Source 3 Piece Non-Stick Cookware Set

Tefal Cooking Source 3 Piece Non-Stick Cookware Set

Jika anda berbelanja di luar, harga Tefal Cooking Source 3 Piece Non-Stick Cookware Set ini boleh mencecah sehingga RM289. Namun, di Little Home Store, anda boleh mendapatkan cookware set yang sama dengan harga RM145 sahaja.

Little Home Store bukan sahaja menawarkan barangan Tefal dengan diskaun sebanyak 40%, anda juga akan menerima 5% diskaun tambahan jika anda menggunakan kod kupon “lhsmalaysiaday”.

Perkhidmatan Same Day Delivery

Yang paling menarik tentang Little Home Store ini, mereka menawarkan penghantaran pada hari yang sama atau same day delivery jika anda membuat pembelian sebelum jam 4 petang. Perkhidmatan same day delivery ini terhad kepada pelanggan di kawasan Lembah Klang yang tertentu sahaja. Setiap pembelian RM300 dan ke atas juga akan menerima penghantaran percuma.

Seperkara lagi, anda juga diberi peluang untuk memilih syarikat kurier pilihan anda sendiri. Little Home Store menetapkan enam buah syarikat kurier untuk anda pilih mengikut lokasi pembeli.

Dengan ini, anda tidak lagi akan mengalami masalah menerima barang lambat mahupun menerima barang dalam keadaan yang tidak elok kerana anda dapat memilih syarikat kurier dengan servis yang terbaik mengikut lokasi tempat tinggal anda.

Feedback Daripada Pelanggan Little Home Store

Antara pelanggan yang berpuas hati dengan pembelian Tefal Delight 7 Piece Non Stick Cookware Set daripada Little Home Store

Little Home Store juga sering mendapat maklum balas yang positif daripada para pelanggannya atas perkhidmatannya yang pantas.

Pelanggan yang bernama Zam menyatakan rasa puas hatinya terhadap servis penghantaran yang pantas. Hanya dalam masa tiga hari, barang yang dipesannya sudahpun sampai ke rumahnya dalam kondisi yang masih baik.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang bernama Ashley juga amat berpuas hati dengan servis penghantaran pada hari yang sama atau same day delivery yang disediakan oleh Little Home Store.

Jika anda masih ragu-ragu tentang ketulenan jenama Tefal ini, usah bimbang lagi kerana pelanggan bernama Liyana juga telah memastikan bahawa cookware set Tefal daripada Little Home Store ini sememangnya original.

Turut Menjual Barang Bayi

Untuk pengetahuan anda semua, Little Home Store bukan sekadar menjual peralatan memasak jenama Tefal sahaja. Malah, mereka turut menjual barangan bayi daripada pelbagai jenama seperti Tommee Tippee, Bumbo, Snapkis dan macam-macam lagi.

Antara barangan bayi yang dijual di Little Home Store

Little Home Store menyediakan pelbagai jenis barangan yang harus dibeli buat ibu dan bayi. Kebiasaannya, ibu bapa yang baru menimang cahaya mata seringkali akan terlupa tentang keperluan barangan bayi yang perlu dibeli kerana tidak menang tangan untuk menjaga bayi sulung mereka.

Jadi, dengan berbelanja di Little Home Store, ia akan memudahkan lagi para ibu bapa yang terlalu sibuk untuk keluar berbelanja barang keperluan bayi.

Bahkan, kedai ini juga menyediakan perkhidmatan same day delivery di sekitar kawasan Lembah Klang yang tertentu bagi memudahkan para ibu bapa untuk mendapatkan barang bayi yang diperlukan.

Oleh itu, para ibu bapa atau pasangan suami isteri yang baru menimang cahaya mata dapatlah berbelanja kedua-dua barang keperluan peralatan memasak dan barangan bayi sekali pada waktu yang sama. Anda bukan sahaja akan dapat menjimatkan kos penghantaran, tetapi juga menjimatkan masa untuk berbelanja.

Kepada ibu bapa yang sedang mencari barang bayi yang diperlukan, anda bolehlah berbelanja keperluan untuk bayi anda di Little Home Store.

Jaminan Hingga Dua Tahun

Salah satu masalah yang sering menjadi kepada para pelanggan yang berbelanja barangan yang mahal dalam talian ialah kebanyakan penjual tidak menyediakan jaminan kepada pembeli.

Hal ini akan menyukarkan para pembeli terutamanya jika berlaku sebarang kerosakan dalam perjalanan semasa penghantaran dilakukan.

Tanpa warranty, ia akan merugikan para pembeli yang sudahpun berbelanja jumlah wang yang sangat banyak kerana harus mengganti semula barangan yang sudah rosak tadi.

Kini, anda boleh menarik nafas lega apabila berbelanja cookware set bersama Little Home Store kerana mereka juga menyediakan warranty kepada para pembeli. Jaminan ini boleh dituntut dalam masa dua tahun daripada tarikh pembelian.

Warranty ini akan diberikan kepada para pelanggan yang membeli peralatan memasak Tefal dan juga barangan bayi elektrikal sahaja.

Diskaun Tambahan Sebanyak 5% Untuk 20 Orang Terawal

Sempena Hari Malaysia, Little Home Store menawarkan diskaun tambahan sebanyak 5% bagi setiap pembelian bernilai RM150 dan ke atas untuk 20 orang pembeli yang pertama.

Cara untuk mendapatkan diskaun ini adalah anda hanya perlu memasukkan kod kupon lhsmalaysiaday pada akhir pembelian nanti. Promosi ini berlangsung daripada 1 September 2021 sehingga 30 September 2021 sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah satu daripada 20 orang terawal yang bertuah untuk mendapatkan tawaran yang menarik ini!

Anda boleh membuat pesanan di laman web Little Home Store untuk dapatkan cookware set Tefal yang bagus dan berkualiti tinggi. Jangan lupa untuk mengikuti laman Instagram dan laman Facebook mereka untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Website: www.littlehomestores.com

Instagram: www.instagram.com/little_home_store

Facebook: www.facebook.com/LittleHomeStore2

Artikel Lain Untuk Di Baca