Kelantan Catat Kes Baharu Gara-Gara Perantau Rentas Sempadan

Menurut laporan Berita Harian, Kelantan kembali mencatatkan jangkitan COVID-19 dengan kes terbaharu dikesan di Kuala Krai, membabitkan seorang wanita mengandung.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr. Izani Husin.

“Daripada maklumat yang saya terima, apa yang kita takutkan selama ini dari segi rentas sempadan.

Mangsa balik ketika sempadan negeri dibuka baru-baru ini. Secara tidak rasmi, mangsa dikatakan positif dan kini dalam rawatan di hospital,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco, hari ini.

Untuk rekod, semalam Malaysia mencatatkan 37 kes baharu positif COVID-19 dengan kumulatif sebanyak 6,978 kes positif. Terdapat juga pertambahan 1 angka korban menjadikan jumlah korban seramai 114 mangsa.

Kerajaan telah menasihati orang ramai agar mengawal diri daripada merentas negeri kerana khuatir berlaku perkara yang tidak dijangka seperti ini. Rakyat dinasihati untuk mematuhi arahan supaya tidak berlaku penularan COVID-19 yang meningkat sekali lagi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca