Kelam-Kabut Dalam Memilih Pasangan, Ini 15 Karakter Individu Yang Lahir Pada Bulan Mac

Apabila masuk sahaja bulan baru, mesti ramai yang mengatakan bahawa cepatnya masa berlalu. Seolah-olah baru semalam kita menyambut tahun baru, tahu-tahu sudah masuk bulan Mac. Tapi, bagi mereka yang menyambut kelahiran pada bulan tersebut, mulalah berasa teruja kerana pasti banyak hadiah yang sedang menanti, lagi-lagi daripada orang yang tersayang.

Jika ada di antara anda semua yang mengenali sesiapa yang lahir pada bulan Mac, atau mungkin anda sendiri yang meyambut kelahiran pada bulan ini, agak-agak macam mana personaliti mereka yang berbintang Pisces dan Aries ini? Berikut merupakan 15 karakter mereka yang lahir pada bulan Mac menurut kajian daripada Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah:

1. Mudah didampingi.

2. Berpesonaliti menarik dan menawan.

3. Seorang yang sangat pemalu.

4. Sangat baik dan jujur orangnya.

5. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan.

6. Suka pada kedamaian.

7. Peka terhadap orang lain.

8. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.

9. Tidak cepat marah dan sangat amanah.

10. Mempunyai kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.

11. Suka berangan-angan.

12. Suka melancong.

13. Sangat manja dan suka diberikan perhatian.

14. Kelam-kabut dalam memilih pasangan.

15. Berbakat dalam bidang muzik.

Walau bagaimanapun, karakter-karakter ini hanyalah berdasarkan kajian dan pemerhatian sekeliling sahaja. Mungkin tidak 100% sama tetapi ada juga yang seakan sama dengan personaliti mereka yang lahir pada bulan Mac ini. Jadi, ada tak karakter-karakter di atas yang mencerminkan peribadi anda semua wahai March babies?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca