Kelakuan Aneh Kucing Jalanan Ini Akhirnya Terbongkar

Kucing berwarna oren yang bernama Dong Sook ini mendapat perhatian kerana gelagatnya yang sangat aneh.

Gelagat kucing ini tidak seperti kucing-kucing liar yang lain di mana akan makan makanan yang diberikan sama ada dalam bungkusan mahupun di atas alas. Malah, Dong Shook akan berlalu pergi dan tidak akan makan makanan itu jika tidak dibungkus.

Dong Sook hanya akan mengambil makanan daripada orang ramai yang diletakkan di dalam bungkusan atau beg plastik sahaja. Apabila dia mendapat makanan di dalam beg plastik, Dong Suk akan berlalu pergi membawa makanan itu.

Tindakan Dong Sook menjadi tanda tanya kepada orang ramai yang memberikan makanan kepada kucing itu dan kemanakah dia membawa bungkusan makanan tersebut?

SBS TV telah mendedahkan punca sebenar Dong Sook hanya menginginkan makanan dalam beg plastik adalah kerana dia mahu memberikan makanan tersebut kepada anaknya. Ketika anaknya makan, Dong Sook hanya memerhatikan dari belakang dan menunggu sisa lebihan.

Rupa-rupanya Dong Sook memiliki seekor anak kecil yang tinggal di sebuah loteng. Dia sebenarnya telah melahirkan lima ekor anak tetapi kini hanya tinggal seekor yang masih bersamanya. Setiap kali dia memperolehi makanan dia akan terus membawanya pulang untuk diberikan kepada anaknya.

Inilah jawapan kepada persoalan mengapa dia haya menerima makanan yang dibungkus kerana dia mahu membawanya pulang untuk anaknya!

Dong Sook kini telah diselamatkan oleh penduduk setempat dan kini mendapatkan tempat tinggal yang jauh lebih selesa bersama anaknya. Sesungguhnya dia adalah ibu yang baik!

Kucing yang tidak berakal ini pun pandai menjaga dan sayang akan anaknya, inikan pula manusia yang mempuyai akal fikiran yang waras tetapi sanggup menzalimi dan membuang anak yang dikandungnya sendiri.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca