Kekasih Ugut Sebar Rakaman Seks Punca Mendiang Goo Hara Bunuh Diri?

Para peminat selebriti Korea pastinya dikejutkan dengan berita kematian ahli kumpulan penyanyi berkumpulan KARA iaitu Goo Hara. Kepergian mendiang di kediamannya dekat Seoul dipercayai akibat keputusan gadis itu untuk membunuh diri berikutan penyakit kemurungan yang dialaminya.

Berdasarkan posting yang dimuat naik oleh salah seorang peminat mendiang, jelas terlihat rasa sedih yang cuba disembunyikan oleh Goo Hara. Meskipun beliau berkata “Saya kuat dan baik-baik sahaja”, namun riak wajahnya yang sugul jelas menzahirkan rasa perit yang cuba dipendam oleh mendiang.

Ternyata, mendiang pernah ditemukan tidak sedarkan diri dalam rumahnya pada bulan Mei lepas. Ini bermakna, Goo Hara pernah melakukan cubaan bunuh diri sejak 6 bulan yang lalu.

Sejurus selepas mendiang memuat naik sekeping foto bersama kapsyen “Selamat malam”, pengurus kepada selebriti itu menjadi risau sebaik sahaja membaca posting berkenaan.

View this post on Instagram

잘자

A post shared by 구하라 (@koohara__) on

Pengurus Goo Hara terus bertindak menghubungi artis itu. Walau bagaimanapun, panggilan demi panggilan tidak disambut sama sekali oleh mendiang. Setibanya pengurus berkenaan di rumah Goo Hara, gadis itu terlihat lemah terbaring di dalam bilik yang dipenuhi asap.

Sebagaimana yang pernah tular dalam media sosial, Goo Hara dilaporkan pernah terlibat dengan kes berprofil tinggi dengan bekas teman lelakinya. Ternyata, bekas teman lelaki mendiang bernama Choi Jong Bum telah memeras ugut Goo Hara untuk menyebarkan rakaman hubungan intim antara mereka berdua.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit juga pernah mencederakannya sewaktu pertelingkahan yang berlaku dalam perhubungan mereka pada September 2018 yang lalu.

Sejak peristiwa itu, Choi telah dihadapkan ke mahkamah pada Januari 2019 atas kesalahan melakukan kecederaan secara sengaja terhadap Goo Hara termasuk memeras ugut menyebarkan video seks mereka di laman sosial Dispatch. Selain itu, Choi juga dibicarakan di mahkamah atas kesalahan pencabulan akibat merakam badan mendiang tanpa apa-apa persetujuan.

Menurut laporan media Cheat Sheet, Goo Hara telah menerima kecaman hebat dari warganet menerusi internet. Bahkan, lebih parah lagi apabila pihak agensi hiburan di Korea turut menamatkan kontrak Goo Hara pada Januari 2019.

Kesannya, para peminat kini difahamkan sedang menuntut keadilan terhadap kematian Goo Hara sejurus selepas mengetahui liku-liku perjalanan yang dilalui oleh mendiang.

Semoga kepergian mendiang Goo Hara mendapat keadilan yang sewajarnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca