Kekasih Tercinta ‘Kantoi’ Tiduri Lelaki Lain, Pemuda Ini Tertekan Dan Luah Rasa Sedih Di Media Sosial

Perjalanan dalam hubungan percintaan antara dua hati sememangnya bukan suatu perkara yang mudah. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi hal yang berkaitan dua jiwa. Pasti kadangkala ada pasang dan surutnya.

Baru-baru ini, seorang pemuda meluahkan rasa sedihnya terhadap peristiwa yang menimpa ke atas hubungannya dengan kekasih tercinta.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @twt_cinta, lelaki yang enggan didedahkan identitinya itu bercerita kisah sedihnya dan meminta pendapat daripada warganet berkenaan hal tersebut.

Jelasnya menerusi teks yang dihantar ke laman Twitter tersebut, teman wanita yang dicintai itu ternyata telah lama menduakannya. Lebih parah lagi apabila wanita itu didapati sudah ‘bersama’ dengan lelaki lain sebanyak tiga kali semasa bulan Januari yang lalu.

Lebih membuatkan hati lelakinya terkesan adalah apabila dia baru mengetahui hal tersebut pada bulan Jun 2019 bertepatan dua minggu selepas kepergian bapa tercinta. Dia yang berasa begitu tertekan justeru keliru akan apa yang harus dilakukannya kini.

“Saya terima sebab saya sayang dia tetapi saya tidak boleh terima apa yang sudah dia lakukan pada saya,” jelasnya dalam pesanan teks yang dihantar kepada laman sosial tersebut.

Susulan daripada hal ini, hubungan lelaki berkenaan bersama kekasihnya menjadi semakin tidak menentu. Mereka dikatakan sering bergaduh dan bertengkar dek kerana sikap si pemuda yang kerap mengungkit perbuatan curang wanita berkenaan saban hari.

Kisah ini secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai warganet. Rata-ratanya melontarkan komen yang menggambarkan perasaan amarah seakan tidak bersetuju atas tindakan teman wanita pemuda itu.

Namun begitu, terdapat juga komen positif yang diberikan oleh warganet.

Semoga pemuda berkenaan tabah menjalani dugaan yang sedang dihadapi. Ingatlah bahawa setiap yang berlaku tersembunyi jutaan hikmah. Mungkin bukan sekarang untuk dinikmati, namun di kemudian hari, tentunya pasti bahagia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca