Kekasih Anda Curang? Ini 10 Cara Paling ‘Manis’ Untuk Balas Dendam

Sejak kebelakangan ini, kekasih anda kelihatan sangat lain. Dia sudah berubah dan melayan anda endah tak endah.

Dia juga semakin jarang mesej, menelefon dan sering mengelak untuk bertemu anda. Alasan klise yang diberikan adalah “Sibuk.”

Sehinggalah suatu hari anda mendapat tahu bahawa dia bukan sibuk tetapi anda bukan lagi prioriti dalam hidupnya apabila dia sibuk dengan perempuan atau lelaki lain.

Kecurangannya itu telah meranapkan hati dan seluruh kepercayaan yang anda berikan kepadanya.

Daripada anda asyik meratap ‘Kenapa dia buat aku macam ni?’ dan menangis air mata darah, apa kata cuba baca 9 cara untuk balas dendam kepada pasangan yang curang ini:

1. Laporkan kepada keluarganya, keluarga anda dan teman-teman atau Skuad Bawang Negara di media sosial kerana pasti ramai yang menunjukkan solidariti kepada anda. Anda tidak keseorangan dalam menangani hal ini.

2. Berkawan baik dengan skandalnya sehingga orang itu berasa serba salah dan anda terlalu baik untuk disakiti.

3. Bina atau pasang badan sehingga kelihatan meletup-letup dan dia melutut mahukan anda semula.

4. Pergi bercuti dan mengambil gambar-gambar ceria anda kemudian menaikkannya di media sosial bagi menandakan bahawa anda boleh hidup tanpanya.

5. Menggoda teman baiknya sehingga tergoda.

6. Jika dia menghubungi anda dan merayu diberikan peluang kedua, inilah masanya untuk anda melepaskan semua perkara yang terbuku di hati. Kadang-kadang, kita tidak mahu menyakitinya pun tetapi mahu dia sedar kesilapannya.

7. Jika anda masih sayang padanya, cuba beri peluang kedua kepadanya. Jika dia masih menduakan anda dan tidak serik-serik, cuba anda melapankan dia pula.

8. Memberi reaksi dingin kepadanya dengan cara tidak menjawab 45 mesej dan 78 panggilan telefon daripadanya.

9. Biarkan Karma berbicara bagi pihak anda. Anda tunggu dan lihat saja nanti.

10. Beli buku Mudahnya Move On! terbitan Lejen Press ini untuk bacaan sendiri atau hadiahkan kepada ex yang begitu mudahnya move on dan cepat sekali mendapat pengganti anda.

Oleh itu, jika pasangan anda curang, sila move on dan tinggalkan saja si dia bersama skandalnya kerana mainan yang lama dan rosak memang patut diberikan kepada orang yang lebih memerlukan.

Artikel Lain Untuk Di Baca