Kekal Popular Sehingga Sekarang, Gaya Muslimah ‘Bawang Putih’ Terima Pujian Warganet

Sebut sahaja Bawang Putih Bawang Merah, pasti semua pernah menonton drama yang cukup popular suatu ketika dahulu. Ia disiarkan di TV3 sekitar tahun 2006 hingga 2007.

Antara barisan pelakon yang membintangi rancangan hit itu adalah Revalina S. Temat (Alya/Bawang Putih), Nia Ramadhani (Siska/Bawang Merah), Dimaz Andrean (Ferdi) dan Helsi Herlinda (Rika Sumanto).

Meskipun sudah lebih sedekad ia ditayangkan, nama pelakon-pelakon Bawang Putih Bawang Merah masih menjadi bualan ramai. Paling menarik perhatian ramai adalah pelakon utama drama tersebut iaitu Revalina memandangkan pelakon yang berusia 34 tahun itu memilih untuk mengetengahkan imej sopan dan muslimah.

Tinjauan kami di Instagram pelakon jelita itu mendapati rata-rata warganet memuji imej Revalina yang sentiasa menutup aurat dengan sempurna.

Berikut kami kongsikan beberapa foto Revalina yang juga merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata:

https://www.instagram.com/p/B4r4MG3BD-q/

Cantik, bukan? Sejuk mata memandang gaya yang ditampilkan oleh Revalina. Isteri kepada Rendy Aditya Gunawan itu buktikan bahawa anda masih boleh kelihatan bergaya meskipun mengenakan pakaian yang menutup aurat. Semoga fesyen yang diketengahkan Revalina menjadi ikutan ramai.

Artikel Lain Untuk Di Baca