Kekal Awet Muda, Pereka Fesyen Terkemuka Ini Sudah Lanjut Usia

kekal-awet-muda-pereka-fesyen-terkemuka-ini-sudah-lanjut-usia

Walaupun sudah berusia, tidak dinafikan bahawa sesetengah orang memiliki tubuh badan yang sihat dan kelihatan awet muda. Antara faktor mempengaruhi keadaan tersebut seperti keturunan, sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat serta pengambilan makanan yang sihat.

Begitu juga dengan kisah seorang wanita berusia 72 tahun yang tular di media sosial baru-baru ini. Vera Wang merupakan seorang ikon wanita berdarah Asia kelahiran New York ini tampak begitu awet muda selain menarik perhatian warganet.

Menerusi satu perkongsian gambar sambutan hari jadinya di laman Instagram, Vera Wang yang tampil anggun dengan gaun warna kuning kelihatan seperti masih dalam lingkungan usia 40-an.

Lihat hantaran penuh yang dimuat naik olehnya di bawah:

kekal-awet-muda-pereka-fesyen-terkemuka-ini-sudah-lanjut-usia
Sumber: Instagram (@verawang)
kekal-awet-muda-pereka-fesyen-terkemuka-ini-sudah-lanjut-usia
Sumber: Instagram (@verawang)
kekal-awet-muda-pereka-fesyen-terkemuka-ini-sudah-lanjut-usia
Sumber: Instagram (@verawang)
Sumber: Twitter (@Naija_PR)

Kelihatan bersahaja ketika Vera Wang mempamerkan bentuk badan yang masih langsing meskipun memasuki usia senja.

Vera Ellen Wang, atau lebih dikenali sebagai Vera Wang dilahirkan pada 27 Jun 1949 baru-baru ini, telah meraikan hari jadinya dengan rakan-rakan pereka fesyen lain di New York. Antara nama-nama besar yang turut hadir dalam majlisnya itu, Calvin Klein dan Donna Karan.

Sebelum berkhidmat sebagai seorang pereka fesyen sepenuhnya, Vera Wang pernah menjadi editor majalah fesyen Vogue selama 17 tahun sebaik tamat pengajian universiti.

Kemudian, dia meneruskan kariernya dengan bekerja bersama Ralph Lauren sebelum mula mereka gaun pertamanya pada usia 40 tahun.

Bagaimanapun, orang ramai tak percaya bahawa dirinya sudah berusia lebih 70 tahun disebabkan penampilan fesyen orang muda pada dirinya.

Menjengah ke ruangan komen pula mendapati, rata-rata warganet mengatakan bahawa mereka sendiri tidak menyangka umur wanita itu 72 tahun dan nampak lebih muda daripada umurnya.

“Bagaimana ini boleh berlaku? Dia kelihatan lebih muda dari bekas kekasih saya!” – Netizen

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di media sosial:

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca