Kejar Impian Dan Ubah Hidup Anda Dengan ZnZ Premier Advisory

Dalam keadaan ekonomi sekarang, mengharapkan satu pekerjaan semata-mata untuk menyara kehidupan memang tidak memadai memandangkan kos sara hidup semakin meningkat dari masa ke masa. Mungkin gaji yang diperoleh setiap bulan hanya cukup-cukup makan sahaja, nak menyimpan memang jauh sekali.

Pada masa yang sama, peluang pekerjaan di negara kita semakin terhad kerana faktor lambakan graduan sehingga majoritinya terpaksa hidup menganggur. Dalam situasi sekarang di mana semua benda memerlukan duit, setiap seorang daripada kita perlu mencari inisiatif sendiri memandangkan peluang tidak akan datang bergolek tetapi perlu diwujudkan menerusi usaha yang berterusan.

Jika anda ingin mencari pendapatan sampingan atau anda merupakan graduan yang masih lagi menganggur kerana belum ditawarkan sebarang pekerjaan, teruskan membaca kerana apa yang kami bakal kongsikan ini mungkin akan membuka ruang buat anda untuk memulakan lembaran baharu.

ZnZ Premier Advisory adalah titik permulaan untuk anda mulakan lembaran baharu

Titik permulaan untuk mereka yang ingin mengubah jalan hidup dan mengejar impian masing-masing.

Sebuah agensi di bawah syarikat Kenanga Investors Berhad dan FWD Takaful (FGG ALC Company) iaitu ZnZ Premier Advisory kini sedang mencari mereka yang berminat untuk menjadi perancang kewangan atau kita sering sebut sebagai financial advisor. Percaya atau tidak, kerjaya sebagai perancang kewangan merupakan antara kerjaya berpendapatan tinggi dalam Malaysia.

Zulkeflee Hazeh, Pengasas & Presiden ZnZ Premier Advisory.
Zalina Abdul Rahman, CEO ZnZ Premier Advisory.

ZnZ Premier Advisory yang mula ditubuhkan pada tahun 2014 telah banyak mengubah hidup serta melahirkan ramai juara unit amanah dan juga bidang takaful.

Pencapaian ZnZ Premier Advisory pada tahun 2016.
Pencapaian ZnZ Premier Advisory pada tahun 2017.
Pencapaian ZnZ Premier Advisory pada tahun 2018.
Pencapaian ZnZ Premier Advisory pada tahun 2019.

Pada masa yang sama, ZnZ Premier Advisory tersenarai dalam tiga agensi paling hebat di bawah Kenanga Investors Berhad dan ia adalah 100% milik Bumiputera.

Syarat-syarat untuk menyertai team ZnZ Premier Advisory

1. Minimum SPM dengan tiga kredit

2. Mengambil lesen Unit Amanah atau lesen insurans terlebih dahulu

3. Mempunyai daya saing yang tinggi

4. Ingin keluar dari zon selesa

5. Ingin menjadi seorang yang lebih berjaya dalam karier dan mengukuhkan kewangan

10 sebab kenapa anda wajib menyertai team ZnZ Premier Advisory

1. Komisen yang sangat menarik dan sentiasa meningkat dari bulan ke bulan

2. Bonus bulanan

3. Challenge trip ke luar negara setiap tahun sehingga maksimum lapan tiket

4. Skim persaraan untuk setiap ejen

5. Kenaikan pangkat dengan sangat cepat

6. Latihan pada setiap minggu

7. Pemantauan jualan oleh leader setiap dua minggu

8. Kit jualan yang terbaru dan terbaik disediakan untuk semua ejen

9. Menyediakan platform dan aktiviti jualan untuk setiap ejen

10. Lesen IUTA – Mempunyai lebih daripada 300 dana dan boleh mempromosikan lebih daripada 17 syarikat Unit Amanah yang berbeza

Menariknya, anda diberi pilihan sama ada untuk menjadi ejen di bawah ZnZ Premier Advisory secara sepenuh masa (full-time) atau sambilan (part-time). Jadi, sekiranya anda sudah mempunyai kerjaya tetap tetapi ingin mencari pendapatan sampingan, ini adalah peluang terbaik untuk anda. Jika anda berasakan anda tiada pengalaman dalam bidang ini, jangan risau kerana ZnZ Premier Advisory ada menyediakan training kepada semua ejen. Dalam erti kata lain, anda akan diajar dari A sampailah ke Z untuk betul-betul mahir dalam bidang ini.

Jika anda merupakan salah seorang daripada mereka yang mengambil VVS dan sedang mencari pekerjaan, anda boleh hubungi talian ini untuk menjadi ejen di bawah ZnZ Premier Advisory. Untuk maklumat lanjut tentang ZnZ Premier Advisory, anda boleh pergi ke laman Facebook mereka. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua yang ingin mengubah hidup masing-masing.

Artikel Lain Untuk Di Baca