Kejam! Wanita Ini Tergamak Lempar Anak Kucing Di Depan Rumah Jiran

Lebih binatang daripada binatang, itulah ungkapan yang layak diberikan kepada wanita ini apabila dia bertindak melemparkan seekor anak kucing milik jirannya ke hadapan pintu kediaman lelaki tersebut. Dia berbuat demikian gara-gara bengang dengan kucing yang sering berkeliaran di kawasan rumahnya.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu telah mengakibatkan anak kucing yang berusia lapan bulan itu mengalami kecederaan di bahagian tisu lembut.

Perbuatan kejam wanita yang dikenali sebagai April Hawes itu dirakam oleh kamera litar tersembunyi (CCTV). Menerusi rakaman tersebut, Hawes dilihat berjalan dari rumah seberang sebelum mencampak kucing yang dinamakan Shadow itu sambil menjerit, “Saya akan belasah kucing ini!”

Pemilik kucing itu iaitu Kevin Yarham dan rakannya, Sophie Baker bagaimanapun mendakwa bahawa kucing kesayangannya itu bukan sahaja dilempar sekali, malah sebanyak dua kali, lapor The Sun.

Ekoran rakaman berkenaan tular di media sosial, Hawes muncul di majistret Raja Lynn di Norfolk dan mengaku mengambil serta melemparkan kucing itu ke rumah jirannya.

Ketika sesi perbicaraan, Hawes menegaskan bahawa dia langsung tiada niat untuk melakukan perkara itu.

“Saya tiada niat untuk melakukan perkara itu dan saya memang sangat kesal.”

Pada masa yang sama, Kevin mengatakan bahawa Shadow juga adalah seperti kucing-kucing yang lain. Kucing merupakan haiwan yang suka merayau dan ia sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan dengan itu, majistret telah menjatuhkan hukuman terhadap Hawes di mana dia perlu melakukan aktiviti kemasyarakatan selama 12 bulan dan melalui proses pemulihan selama 30 hari.

Di samping itu, dia juga diarahkan untuk membayar denda sebanyak £170 (RM794).

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca