Kristy Sparrow menangis saat melihat keadaan kucingnya di klinik haiwan. Baz, kucing belaannya itu ditemui dalam keadaan menyedihkan dalam tong sampah. Matanya dicederakan sehingga buta sebelah.

Kristy syak ini angkara penyerang yang alergi dengan Hitler kerana kucingnya ada sedikit bulu berwarna hitam di bawah hidung seperti misai diktator Nazi tersebut.

Sebelum kejadian, kucing berusia tujuh tahun itu didakwa hilang selama beberapa hari dari rumahnya di England.

Jiran Kristy terjumpa kucing tersebut dalam keadaan cedera parah di tong sampah. Lalu Baz dikejarkan ke klinik untuk rawatan kecemasan dan mata kirinya terpaksa dibuang.

Kristy trauma dan tidak percaya melihat apa yang menimpa si comel itu. Walaupun rupa seperti Hitler sejak lahir, Baz sebenarnya seekor kucing yang pemalu dan lemah lembut.

‘Misai ala Hitler’ Baz mendapat banyak perhatian daripada kawan-kawan Kristy namun tiada siapa yang beri reaksi negatif terhadap si bulus tersebut sebelum ini.

Dia rasa Baz mungkin ditendang, bukan dilanggar kereta kerana tiada kecederaan lain pada tubuhnya.

“Rupanya memang macam ni. Saya tak tahulah kenapa ada orang tergamak buat macam ni pada haiwan, tak kisahlah rupanya macam mana.” kata Kristy.

Baz akhirnya sembuh daripada kecederaan tersebut walaupun kehilangan sebelah matanya. Ia tidak dibenarkan keluar rumah untuk beberapa waktu. Polis menyiasat insiden tersebut dan mencari saksi kejadian.

Rupa Baz mungkin mirip pemimpin Nazi tersebut, namun apa dosa kucing tersebut sehingga diperlakukan sebegitu rupa?

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda