Kejam! Bapa Rogol Bayi Berusia 1 Tahun Sebelum Muat Naik Video Ke ‘Dark Web’

Seorang bapa sepatutnya menjadi lelaki yang bertanggungjawab untuk melindungi keluarga di bawah jagaannya.

Namun lain pula dengan apa yang terjadi di Florida, Amerika Syarikat apabila seorang bapa telah disabitkan atas kesalahan merogol bayi perempuannya yang baru sahaja berusia satu tahun.

Tidak cukup dengan itu, syaitan bertopengkan manusia itu juga disabitkan atas tuduhan merakam sebelum memuat naik video tersebut ke ‘dark web’ iaitu laman web yang tidak dipantau dan dipenuhi dengan aktiviti jenayah.

Dia menggunakan nama samaran ‘Strangewood’ dan ‘Hardwood’ di laman berkenaan, lapor Daily Star.

Sewaktu perbicaraannya, lelaki yang dikenali sebagai James Lockhart itu mengaku bersalah atas kesalahan menerbit, mengedar dan memiliki video rakaman aksi dia ‘meratah’ anaknya di antara Mac 2016 dan Februari 2018, lapor Astro Awani.

Malah, dia juga turut mengaku bercadang menerbitkan lebih banyak video sedemikian sebelum dirinya ditangkap.

Pada Oktober lalu, pihak berkuasa telah menemukan tiga video dan juga 4,000 gambar membabitkan penderaan kanak-kanak di rumah suspek.

Tertuduh juga telah disahkan sebagai pelaku di dalam video berkenaan oleh isterinya sendiri berdasarkan tangan dan anak patung di dalam rakaman itu.

Kanak-kanak malang di dalam video itu pula disahkan sebagai anak perempuannya.

Lockhart telah dijatuhkan hukuman penjara 70 tahun atas tindakan kejamnya terhadap darah daging sendiri.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca