Kejahilan Penggodam, Akaun Rasmi Twitter Kerajaan UK Muat Naik Pornografi Mengejutkan Warganet

Kecoh di laman Twitter mengenai akaun rasmi media sosial milik kerajaan United Kingdom yang didakwa memuat naik rakaman pornografi secara sengaja semalam.

Sebagai makluman, akaun tersebut dilaporkan mempunyai lebih daripada 14,000 jumlah pengikut.

Maka, tidak hairanlah jika ramai warganet yang memberi reaksi atas insiden yang berlaku dengan membuat ulang kicau bagi meluahkan komen dan pandangan masing-masing.

https://twitter.com/AndrewGraveson/status/1198973092871188480?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1198973092871188480&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.bbc.com%2Fnews%2Ftechnology-50547918

Bagaimanapun, UK Government Wales telah pun melaksanakan permohonan maaf kerana membuat perkongsian bahan lucah yang keterlaluan.

Menurut laporan Wales Online, insiden terbabit berlaku di luar kawalan mereka. Kejadian tersebut didakwa berpunca daripada serangan siber. Ini bermakna, akaun rasmi kerajaan tersebut telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Jelas jurucakap pejabat Wales lagi, isu berkenaan juga telah pun diatasi oleh pihak mereka.

Semoga sahaja perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca