Kejadian Yang Tidak Disangka, Lelaki Ini Bertuah Kerana Memiliki Raket Lin Dan

Loh Cheng Seng, seorang lelaki berusia 27 tahun menjadi bualan ramai orang apabila beliau berjaya mendapat raket milik Lin Dan, pemain badminton profesional Cina. Lin Dan melontarkan raket miliknya ke arah penonton berikutan kemenangannya dalam perlawanan Malaysia Open 2019 kategori perseorangan lelaki pada 7 April lalu.

“Selepas Lin Dan menghabiskan perlawanannya, saya bangun dan bersorak untuk beliau. Selepas itu, saya perasan bahawa Lin Dan sedang bergerak menuju ke tempat begnya.” kata Loh Cheng Seng semasa sesi temu ramah bersama The Star TV.

“Penonton di sekeliling saya mula menjerit perkataan raket berulang kali dan saya juga turut melakukan perkara yang sama. Saya tidak menyangka bahawa raket itu terbang ke arah saya dan saya menggunakan semua tenaga yang ada untuk mendapatkan raket tersebut.” katanya lagi.

Setelah Cheng Seng berjaya mendapatkan raket tersebut, beliau berdiri dan menjerit “Lin Dan, saya sayang awak!” sambil melompat kegembiraan. Selepas beberapa hari, berita ini tersebar di laman Facebook dan ramai orang mula mencari beliau kerana ingin menawarkan harga yang tinggi untuk raket tersebut.

Semua orang memberitahu beliau agar menjual raket tersebut jika tidak digunakan tetapi beliau tetap mahu menyimpan dan menggantung raket milik Lin Dan di rumahnya. Raket ini begitu istimewa buat beliau kerana ia merupakan raket milik seorang lagenda, Lin Dan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca