Kehilangan Ibu, Wonwoo SEVENTEEN Menyanyikan Lagu Luah Rasa Rindu

Baru-baru ini Wonwoo dari kumpulan SEVENTEEN telah mengeluarkan lagu cover yang pernah dipopularkan oleh Lee Ji Eun atau lebih dikenali sebagai IU.

Sumber: Twiiter

Lagu bertajuk Knees merupakan lagu yang mempunyai melodi sangat damai dan lirik lagu banyak meluahkan emosi rindu dengan kenangan terhadap seseorang.

Sumber: NME

Penyanyi asal IU menulis lagu tersebut ketika sedang bergelut dengan insomnia dan terkenang dengan perasaan rindu semasa dirinya berasa tenang sewaktu tidur di pangkuan neneknya.

Wonwoo pula menyanyikan lagu ini didedikasikan untuk kenangan berharga bersama ibunya.

Lagu tersebut merupakan lagu cover pertama Wonwoo sejak menjadi ahli kumpulan SEVENTEEN.

Sumber: NME

Walaupun Wonwoo sebahagian daripada unit hip-hop tetapi lagu ini sangat menyerlahkan vokalnya yang serak dan merdu.

Selepas lagu itu dikeluarkan, Wonwoo menghantar pesanan panjang kepada peminat SEVENTEEN yang dipanggil sebagai CARAT.

Wonwoo menyatakan sebab dia memilih lagu ini untuk dijadikan cover pertamanya adalah kerana lagu ini membawanya kembali ke zaman kanak-kanak.

Sumber: Koreaboo

Wonwoo berharap segala emosi yang membuatkan dia rasa terperangkap dan perasaan sedih yang rindukan ibunya akan menjadi baik-baik sahaja.

Pada bulan April yang lalu, ibu kepada Wonwoo telah menghembuskan nafas terakhir kerana sakit.

Ramai peminat dan rakan artis mengucapkan takziah kepada Wonwoo.

Anda boleh mendengar lagu oleh Wonwoo di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca