“Kehidupan Hanya Akan Kembali Normal Sehingga Vaksin COVID-19 Ditemui.” – Saintis

Saintis terkemuka di Amerika Syarikat (AS) menegaskan supaya arahan penjarakan sosial di negara itu tetap dilaksanakan sehingga musim panas ini.

Rakyat hanya akan menjalani kehidupan normal sehingga vaksin koronavirus (COVID-19) ditemui.

Presiden Persekutuan Saintis Amerika, Dr. Ali Nouri berkata, tiada ‘tarikh’ yang tetap untuk orang ramai kembali keluar menikmati makanan di restoran dan juga bersiar-siar.

Tambahnya, keadaan akan jauh berbeza kerana masa yang diambil untuk vaksin COVID-19 ditemui adalah sekurang-kurangnya selama setahun.

Ini bermakna masyarakat hanya boleh menjalani kehidupan normal sehingga 2021.

“Kita harus meneruskan perintah duduk di rumah sekurang-kurangnya sehingga akhir Mei atau mungkin Jun,” katanya.

Di samping itu, China merekodkan 3,337 kematian akibat wabak itu tetapi angka sebenar adalah jauh lebih tinggi.

Manakala Itali, Sepanyol, Perancis, Iran, AS, UK kini mengatasi China dari segi angka kematian.

Beberapa negara sudah melaksanakan perintah berkurung bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang kian merunsingkan.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca