Peristiwa yang jarang sekali berlaku di dunia, tahun 2021 mencatat kegembiraan buat wanita Mali ini yang melahirkan sembilan bayi kembar di Morocco. Halima Cisse, 25, selamat melahirkan dengan cara C-section pada 4 Mei (Selasa).
Kelahiran ini memberi kejutan ramai kerana pada asalnya, doktor hanya dapat mengesan tujuh bayi melalui pengimbasan ultrasound. Kerajaan Mali telah menerbangkan Halima ke Morocco pada 30 Mac untuk penjagaan yang lebih terperinci.

(sumber: Mirror UK)
Bayi kembar yang dilahirkan tersebut terdiri daripada lima perempuan dan empat lelaki. Menteri Kesihatan Mali mengumumkan bahawa kesemua bayi dan ibu berada dalam keadaan baik setakat ini. Mereka akan dihantar pulang selepas beberapa minggu.
Kelahiran nonuplets pertama yang dicatat dalam sejarah ialah pada 13 Jun 1971 oleh seorang wanita dari Australia.
Manakala di Malaysia, kehamilan ‘rare’ ini direkodkan oleh Zurina Mat Saad yang melahirkan bayi kembarnya pada 26 Mac 1999. Walau bagaimanapun, kesemua sembilan bayi tersebut tidak berjaya bertahan lebih dari enam jam dan telah meninggal dunia.
Di kesempatan itu, Fanta Siby, Menteri Kesihatan Mali, mengucapkan segulung tahniah kepada pasukan perubatan Mali dan Morocco yang menunjukkan sikap professional dalam menjayakan pengakhiran yang gembira buat kehamilan ini.
Anda boleh baca artikel-artikel menarik di bawah: