Mengejutkan namun di Jakarta, Indonesia ia benar-benar terjadi apabila golongan remaja di sana sanggup minum air rebusan dari tuala wanita terpakai untuk khayal.
Aktiviti menjijikkan itu dikesan oleh pihak polis selepas polis melakukan penahanan di Jakarta, Jawa Barat, Bekasi dan Kudus, Jawa Tengah.
Menurut Ketua Agensi Narkotik Kebangsaan, Suprinatro, kandungan klorin dalam air rebusan itu boleh memberi kesan halusinasi dan mengkhayalkan, sama seperti yang terjadi apabila mengambil dadah tertentu.
“Apa yang dilakukan oleh remaja berkenaan ialah mereka akan mengutip tuala wanita terpakai dari longgokan sampah sebelum merebusnya. Apabila sejuk, mereka akan meminum air rebusan tersebut bersama-sama,” tambah Suprinarto.

Namun, menurut seorang aktivis, Jimy Ginting, ia bukan perkara baru kerana sejak tahun 2016, golongan remaja di Belitung dan Karawang, Jawa Barat telah melakukan perkara yang sama.
Setakat ini tiada undang-undang mengenai kegiatan itu.
Pegawai Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, Sitty Hikmawatty berkata, fenomena berkenaan timbul akibat perasaan ingin tahu remaja terbabit. Tambahnya lagi, tahun lalu, bilangan remaja yang terlibat dengan gejala tersebut masih kurang namun kini kes tersebut semakin banyak dan perkara ini amat membimbangkan.
Sumber: Harian Metro Online