“Kegiatan Ekonomi Sepatutnya Dimulakan Di Zon Hijau Dan Bukannya Zon Merah.” – Kon Yeow

“Kegiatan ekonomi sepatutnya dimulakan dahulu di kawasan yang dikategorikan sebagai zon hijau,” demikianlah kata Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Chow Kon Yeow yang mendedahkan bahawa pendekatan ini sebenarnya yang dibincangkan dalam pertemuan antara Kerajaan Persekutuan bersama ketua-ketua negeri tempoh hari.

“Namun, kita boleh lihat pengumuman yang dibuat turut melibatkan zon-zon merah.

Kenapa ia begitu? Saya bukan dalam posisi untuk memberi jawapan. Mungkin anda boleh tanya sendiri Menteri Kanan Datuk Seri Azmin Ali,” kata Kon Yeow menerusi satu sesi temu bual Consider This di Astro Awani pada Selasa malam.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan telah membentangkan Program Pengurangan Risiko Daerah yang mengutamakan pemerkasaan komuniti setempat bagi menghalang penularan COVID-19 dalam mesyuarat tempoh hari.

“Memandangkan kegiatan ekonomi melibatkan pergerakan orang ramai, ia patut bermula di zon hijau yang lebih selamat. Namun, pengumuman dibuat melibatkan seluruh negara,” kata beliau.

Untuk baca artikel lain berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca