Kegembiraan Bertukar Menjadi Tragedi, Pemandu Grab Ini Ditemui Mati Lemas

Kegembiraan empat sahabat yang sedang meluangkan masa bersama-sama sambil berkelah di Air Terjun dekat Bentong bertukar menjadi mimpi buruk apabila salah seorang daripada mereka mati lemas.

Menurut laporan Astro Awani, mayat mangsa yang dikenali sebagai Wan Khairul Amirin Rojiham ditemui sekitar jam 9.34 pagi kira-kira 15 meter dari tempat mangsa dihanyutkan arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong iaitu Zainal Abidin Nong Chik mengatakan bahawa dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 7.15 Selasa itu, mangsa yang berusia 25 tahun sedang mandi bersama rakannya di air terjun berkenaan sebelum hanyut dibawa arus deras.

“Mangsa dikatakan pergi ke Air Terjun Chamang kira-kira jam 5 petang semalam bersama tiga rakannya berusia antara 23 hingga 25 tahun.”

“Ketika mandi, tiba-tiba mangsa dibawa arus deras. Rakan-rakannya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal sebelum pemandu Grab itu hilang dari penglihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian itu, satu pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada anggota bomba dan polis selain bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ditubuhkan bagi mengesan mangsa.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk tindakan lanjut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca