Kedai Gunting Rambut Tidak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa kedai gunting rambut atau barbershop tersenarai sebagai salah satu perniagaan dan perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang akan bermula pertengahan bulan ini.

Keputusan yang dibuat kerajaan itu bagaimanapun menimbulkan pertikaian dalam kalangan masyarakat yang menganggap pembukaan kedai gunting rambut ini bakal membawa risiko penularan wabak COVID-19.

Disebabkan itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah menjelaskan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

“Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah membuat keputusan iaitu kedai salon dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini dilaksanakan.

Pengumuman yang dibuat dalam sidang media harian itu sekaligus meredakan kebimbingan orang ramai yang khuatir sekiranya penularan wabak COVID-19 akan bertambah teruk sekiranya kedai gunting ini dibenarkan beroperasi.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa semua bentuk bazar ramadan tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara untuk tahun ini menjelang bulan ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca