“Kecil-Kecil Sudah Pandai Menipu”, Wanita Ini Kongsi Kisah Diperdaya Dengan Budak ‘Scammer’

Percaya atau tidak bahawa taktik penipuan masa kini bukan sahaja dilakukan oleh orang dewasa, namun kanak-kanak juga boleh menjadi pemangsa. Hal ini telah diceritakan sendiri oleh seorang wanita menerusi laman Twitternya, @hnnkml. Perkongsian ini mengisahkan tentang dirinya yang telah diperdaya oleh seorang budak lelaki berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Insiden tipu daya ini berlaku sejurus dia mengunjungi pusat beli-belah di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) selepas pulang daripada bekerja. Sedang dia leka menonton YouTube di parkir letak kereta dalam kenderaannya, wanita ini dikejutkan dengan bunyi ketukan pada bahagian tingkap. Budak lelaki itu kemudiannya menyapa wanita berkenaan.

Remaja ini dikatakan meminta bantuan wanita tersebut untuk menghantarnya pulang ke kediamannya di Wangsa Maju. Lebih memeranjatkan apabila bantuan tersebut diminta untuk ditunaikan selepas masa tontonan wayangnya habis.

Wanita itu kemudiannya menawarkan wang kepada budak lelaki tersebut sebagai tambang perkhidmatan e-hailing. Disebabkan rasa simpati berikutan mendengar jawapan budak lelaki itu yang ternyata dalam kelaparan, wanita bernama Hanan terus keluar dari keretanya dan membawa remaja tersebut untuk membeli roti. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke kedai berdekatan, remaja lelaki itu berceloteh menceritakan kisah hidup keluarganya.

Sebelum pulang ke rumah, Hanan yang penuh rasa simpati segera menghulurkan wang berjumlah RM50 kepada budak lelaki tersebut untuk digunakan sebagai tambang pengangkutan ketika pulang selepas menonton wayang. Meskipun dia sama sekali tidak kisah dan berkira dengan apa yang telah dilakukannya, namun, dia agak sedikit kaget apabila mengetahui perkara sebenar.

Perkongsian Hanan ini secara tidak langsung telah mengundang perhatian ramai warganet sehingga meraih lebih daripada 8,000 ulang kicau. Malahan, terdapat salah seorang warganet yang turut memberi respons dalam ruangan komen sambil memuat naik sekeping gambar remaja berkenaan.

Ternyata, kanak-kanak tersebut menggunakan taktik yang hampir sama digunakan sewaktu memperdaya Hanan. Ramai dalam kalangan Warganet yang mendakwa bahawa mereka juga pernah mengalami situasi yang sama. Bahkan, komen salah seorang warganet tyang sedang membaca bebenang tersebut turut mendapati bahawa rakannya jugabaru sahaja diperdaya oleh pemangsa yang sama.

Maka, berhati-hati dan sentiasa berwaspadalah agar tidak mudah menjadi mangsa penipuan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca