Kecewa Cintanya Ditolak, Lelaki Gelandangan Bakar Kereta Milik Wanita

Akibat rasa kecewa kerana cintanya ditolak, seorang lelaki gelandangan telah bertindak membakar kereta milik seorang wanita di pangsapuri Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan awal pagi semalam.

Jiran kepada mangsa memberitahu kepada mangsa akan kejadian terbabit kira-kira pada pukul 5.20 pagi. Mangsa kemudiannya bergegas turun dan melihat sepasukan anggota bomba sedang berusaha memadamkan api kebakaran itu.

Menurut Asisten Komisioner A A Anbalagan, Ketua Polis Daerah Serdang, melalui hasil soal siasat dan penelitian rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di tempat kejadian, mereka dapat mengesan suspek.

Rakaman CCTV memperlihatkan suspek kejadian kereta seorang wanita dibakar. Sumber: Berita Harian

“Suspek yang juga gelandangan berusia 29 tahun itu ditahan di Bandar Kinrara, Puchong pada hari sama.

“Semakan mendapati suspek yang berasal dari Seri Kembangan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga negatif,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihak polis turut merampas sebuah motosikal, pakaian dan pemetik api yang dipercayai digunakan suspek semasa pembakaran wanita terbabit.

“Siasatan mendapati suspek tidak puas hati selepas wanita itu menolak cintanya sejak setahun lalu.

“Suspek direman lima hari sehingga 10 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” lapor beliau.

Berikut ialah rakaman CCTV suspek membakar kereta yang dikongsi oleh Berita Harian di Twitter:

Untuk baca artikel-artikel berkaitan anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca