Kecewa Beregu Campuran Negara Dikecam Hebat, Ini Reaksi Lee Chong Wei

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Lee Chong Wei tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa beliau apabila membaca komen dan kecaman hebat yang dilemparkan kepada pasangan beregu campuran negara iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying selepas kekalahan mereka di temasya tersebut.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Chong Wei tampil untuk mempertahankan kedua-dua bekas rakan sepasukan beliau daripada komen negatif dan kritikan hebat yang diterima oleh mereka.

“Saya kecewa apabila membaca banyak komen dalam talian yang menyalahkan atlet badminton negara ketika mereka kalah. Sebagai bekas rakan sepasukan, saya dapat memahami perasaan mereka.

Sumber: Rojak Daily

Apa yang boleh saya katakan adalah saya kenal pemain-pemain ini. Mereka masuk ke gelanggang dengan satu tujuan dan matlamat iaitu mahu memenangi pertandingan untuk bendera yang tersemat di dada dan membuat rakyat Malaysia bangga.

Tiada atlet yang mahu kalah tetapi itulah kenyataan. Dalam setiap perlawanan, pasti ada satu yang kalah dan satu yang menang. Kadang-kadang, ia bukan hari kita.

Yang layan depan televisyen pun sudah heart attack dan kecewa, apalah lagi pemain dalam gelanggang? Bukankah patut kita tunjukkan sokongan kepada mereka?

Sumber: Instagram Lee Chong Wei

Tiada atlet yang mahu masuk gelanggang dan kalah. Those players brought you joy before. Don’t mock and desert them when they lost a game. Support them. Support Malaysia,” ujarnya.

Bekas jaguh badminton negara itu turut berkata bahawa beliau bangga dengan pasangan beregu campuran tersebut meskipun mereka tewas dalam perlawanan semalam.

Sumber: Instagram Lee Chong Wei

“Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, saya bangga dengan anda. Rakyat Malaysia yang sejati bangga dengan anda,” tambahnya.

Perjuangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di Sukan Olimpik Tokyo 2020 terhenti semalam apabila mereka tewas perlawanan kedua peringkat kumpulan kepada beregu campuran Jerman iaitu Mark Lamsfuss dan Isabel Herttrich.

Ini bermakna Peng Soon dan Liu Ying gagal layak ke peringkat suku akhir acara beregu campuran selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan Kumpulan D yang mengambil tempat di Musashino Forest Sports Plaza, Tokyo.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Olimpik, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca