Siapa sahaja yang tidak kenal BTS? Menurut laporan Astro Awani, sekitar 800,000 pelancong dipercayai telah memilih Korea Selatan sebagai destinasi pelancongan mereka kerana BTS pada tahun 2017 sahaja.
Tidak berhenti di situ, Institut Penyelidikan Hyundai melaporkan bahawa kumpulan pujaan ramai ini dijadikan sebagai sebuah aset ekonomi yang berharga.
BTS dijangka menjana nilai ekonomi 41.8 trilion won (RM147,106,083,740) dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya berjaya mengekalkan populariti mereka.
Walaupun kumpulan K-Pop ini meraih pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa, masih ada yang mengecam BTS dengan berkata bahawa ia merupakan sebuah persembahan yang kurang bersemangat.
Insiden itu berlaku pada sambutan malam ambang tahun baharu Dick Clark’s New Year’s Rockin’ Eve.
Namun, perkara yang menimbulkan kemarahan Army ialah salah seorang daripada pengacara New Year’s Eve Live untuk CNN iaitu Anderson Cooper akui bahawa beliau tidak mengenali kumpulan BTS semasa ketujuh-tujuh artis K-pop itu masih membuat persembahan.
@CNN I know kpop isn’t everyone’s cup of tea but there is no reason to be rude!! BTS has worked hard for years to get where they are. Us ARMY couldn’t be prouder of them!! @BTS_twt we are so proud of you!! Thankyou! #BTSxNewYearRockinEve #BTSatTimeSquare #BTSxRockinEve pic.twitter.com/MclTZaKiOY
— NamjoonsTrouble ⁷ (@NamjoonsTrouble) January 1, 2020
Sebagai respons, Army berkata bahawa tindakan Cooper yang disifat amat memalukan di laman Twitter kerana seorang pengamal media seharusnya mengambil tahu tentang hal ehwal semasa.
Memetik laporan Forbes, Map of the Soul: Persona merupakan album nombor satu di Korea Selatan pada tahun lalu.
Selain itu, album tersebut juga merupakan album pertama yang menjual hampir empat juta salinan di seluruh dunia.
Rekod itu menjadikan BTS sebagai artis pertama yang mencapainya pada tahun 2019.
Disebabkan itu, ia merupakan sesuatu yang pelik apabila Cooper berkata beliau tidak pernah dengar tentang BTS.
Sementara itu, seorang lagi pengacara dari Amerika Syarikat iaitu Dr. Phil pula menyifatkan vokalis utama BTS iaitu Jimin sebagai produk rekaan (manufactured) dan mempunyai imej untuk dipasarkan (marketed).
Dr. Phil atau nama sebenarnya, Dr. Phillip McGraw mengeluarkan kenyataan tersebut kepada tetamu rancangannya iaitu Oli London baru-baru ini.
Oli yang berasal dari United Kingdom merupakan seorang peminat fanatik Jimin sejak 2013.
Untuk dijadikan cerita, Oli sanggup membelanjakan US$150,000 (kira-kira RM600,000) untuk menjalani 15 prosedur pembedahan plastik untuk menyerupai wajah idolanya itu menurut laporan Astro Awani.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.
Walaupun tindakan Oli yang ekstrem itu tidak disenangi oleh Army, namun komen Dr. Phil itu menaikkan kemarahan kelab peminat berkenaan.
Mana tidaknya, Dr. Phil menganggap Jimin sebagai seorang individu yang palsu dan melihat industri K-Pop sebagai sesuatu yang negatif.
“Manufactured, marketed image” excuse me Dr.Phil but Jimin and BTS are not some puppets to the stereotypical persona of society and profit, and the fact this dude is physically calling himself Jimin too is a rob of someone’s identity disgusting pic.twitter.com/EGDlRX4uNp
— Molly⁷ Yoongi day 🌼 (@EuphJeonia_) January 9, 2020
Apa-apa pun, rata-rata peminat kumpulan K-Pop terkenal itu tidak akan membiarkan artis kegemaran mereka menerima kecaman daripada media antarabangsa.
Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai BTS, anda boleh klik pautan di bawah: