Kebenaran Di Sebalik ‘Fast Fashion’ – Adakah Penjual Fesyen Jujur Dengan Pembelinya?

Dunia yang semakin berkembang menjanjikan kemajuan dalam bidang teknologi.

Hal ini juga berkait dengan fesyen, yang mana fesyen sering dikaitkan dengan perkembangan terkini gaya hidup.

Jenama-jenama yang terkenal seperti H&M, Primark, Zara dan banyak lagi jenama lain yang memberi nilai kepuasan buat pembelinya.

Ini kerana fesyen sering menjadi topik perbualan hangat dalam masyarakat urban hari ini.

Negara-negara pengeluar jenama-jenama tersebut iaitu di Eropah telah meletakkan label kitar semula pada pakaian yang mereka jual.

Namun kebenarannya tidak seindah yang disangka. Industri fesyen yang mempromosikan bahan kitar semula dalam produk mereka tidak berlaku jujur kepada pengguna.

Hal ini kerana, kebanyakan pakaian yang datang daripada jenama-jenama fast fashion tersebut seringkali berakhir di negara-negara dunia ketiga.

Pembaziran yang berleluasa kian menjadi masalah utama dunia, tanpa disedari kita mungkin menjadi sebahagian daripanya.

Kebenarannya di sini adalah fabrik yang dihasilkan untuk jenama pakaian-pakaian tersebut telah menyumbang kepada pembaziran ini.

Perkembangan fesyen terkini antara faktor yang mempengaruhi masalah pembuangan pakaian-pakaian secara besar-besaran ini.

Pakaian-pakaian tersebut turut dijadikan sebagai bahan bakar api dan ini telah menyebabkan pencemaran udara yang serius di negara-negara berkaitan.

Ketidakjujuran dalam label ini telah menarik minat masyarakat untuk menyertai kempen belian barang kitar semula.

Namun, realiti tidak menunjukkan kepada kewujudan bahan yang dikitar semula dalam penghasilan pakaian-pakaian tersebut.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca