Search
Close this search box.

Keadilan Akhirnya Berpihak Pada Johnny Depp

Keputusan juri yang ditunggu-tunggu akhirnya muktamad pada 1 Jun 2022, semalam iaitu Amber Heard diyakinkan bersalah dalam kes ini.

Johnny Depp telah mendakwa Amber Heard tipu dalam menyatakan dirinya didera secara seksual oleh Depp dalam sebuah artikel Washington Post bagi mengubah persepsi manusia.

Depp saman Heard sebanyak $50 juta dan Heard telah membalas saman tersebut sebanyak $100 juta.

Juri akhiri kes ini dengan bersetuju bahawa kenyataan Heard itu adalah salah dan segala fitnah yang telah dibuat memang ditujukan kepada Depp dengan sengaja. Juri juga percaya bahawa keterangan Depp dan bukti-bukti yang telah dipersembahkan sepanjang perbicaraan dijalankan adalah benar.

Peguam-peguam Depp saling berpelukan selepas keputusan muktamad menampakkan mereka amat gembira berjaya menegakkan kebenaran dari pihak Depp.

“Enam tahun lalu, kehidupan saya, kehidupan anak-anak saya, kehidupan kenalan rapat saya dan kehidupan semua yang telah bertahun-tahun menyokong dan percayakan saya telah berubah selamanya dalam sekelip mata.

“Kesalahan amat serius dan dakwaan jenayah yang telah dikenakan pada saya menerusi media, memberi serangan yang berterusan dengan penuh kebencian walaupun tiada tuduhan pernah dikenakan pada saya.

“IPerkara ini telah mengembara ke seluruh dunia dua kali dalam masa nanosaat dan ia mempunyai kesan seismik dalam kehidupan saya dan kerjaya saya

“Enam tahun kemudian, juri kembalikan semula kehidupan saya. Saya berasa rendah diri,” reaksi Depp selepas keputusan.

Depp juga menerangkan bahawa dia tahu akan ada banyak spekulasi dan kesan yang akan dia hadapi dalam meneruskan kes ini tetapi niatnya hanyalah untuk menegakkan kebenaran demi anak-anaknya dan kepada yang tidak putus menyokongnya.

Pelakon lelaki terkemuka ini kini berasa tenang. Dia berharap agar lelaki atau perempuan yang mempunyai nasib sepertinya anggap kemenangan ini dapat membuktikan kepada mereka yang harapan itu sentiasa ada kerana bagi yang menyokong, mereka tidak akan pernah putus asa.

“Kebenaran tidak akan hilang (truth never perishes).” Depp mengakhiri kata-katanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan dengan Johnny Depp dan Amber Heard, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca