Keanu Reeves Sah ‘Dilamar’ Marvel, Apa Agaknya Watak Adiwira Yang Dia Bawa Nanti?

Semenjak kemunculan Keanu Reeves dalam filem John Wick, rata-rata peminat adiwira mahukan pelakon itu melakonkan mana-mana watak dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Berita baik buat mereka yang berharap agar ia benar-benar menjadi realiti kerana harapan itu mungkin akan tercapai tidak lama lagi. Baru-baru ini, pihak Marvel telah memberi bayangan berkenaan isu tersebut.

Presiden Marvel Studios iaitu Kevin Feige mengatakan bahawa nama Keanu sentiasa muncul pada setiap filem atau projek yang dikeluarkan pihaknya sebelum ini.

Menurut Kevin, di samping memikirkan watak paling sesuai buat Keanu, mereka kini masih menunggu kata putus daripadanya.

“Kami bercakap tentang Keanu dalam hampir setiap filem yang kami hasilkan. Kami sudah hubungi beliau saya tetapi saya tidak tahu bila beliau akan sertai MCU.”

“Jika Keanu sertai kami, kami juga akan fikirkan jalan serta watak terbaik untuk beliau muncul dalam MCU.”

“Perkara yang sama untuk Jake Gyllenhaal. Kami ambil masa untuk mencari watak untuk beliau dan kami rasakan watak Mysterio paling sesuai untuk Jake. Harap perkara ini dapat terjadi pada Keanu di masa akan datang,” katanya.

Selain Keanu, Marvel turut ‘melamar’ pelakon dan pengarah, Angelina Jolie beberapa bulan yang lalu.

Perkara itu kemudiannya disahkan sendiri oleh Angelina di mana beliau akan berlakon dalam filem Marvel bertajuk The Eternals.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca