35 Tahun Tak Pernah Bawa Teman Wanita Ke Karpet Merah, Keanu Reeves Perkenal Kekasih Kepada Peminat

Sepanjang 35 tahun dia berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon ini tidak pernah kelihatan rapat dengan mana-mana wanita di karpet merah.

Namun, segalanya berubah pada hujung minggu lalu apabila pelakon pujaan ramai iaitu Keanu Reeves berpegangan tangan dengan seorang rakan bisnes yang kini merupakan teman wanitanya iaitu Alexandra Grant di LACMA Art + Film Gala yang berlangsung di Los Angeles.

Sumber: Unilad

Menurut laporan Daily Mail, Keanu yang berusia 55 tahun dan teman wanitanya yang berusia 46 tahun itu tidak melepaskan langsung genggaman tangan masing-masing semasa mereka bergambar di hadapan media antarabangsa.

Alexandra pernah membuat kolaborasi bersama Keanu dalam menghasilkan buku ‘Ode to Happiness’ dan Shadows. Wanita itu telah menghasilkan seni tampak (visual arts) untuk kedua-dua buah buku berkenaan yang diterbitkan pada 2011 dan 2016 di mana Keanu menulis puisi untuk kedua-dua buah buku tersebut.

Sumber: Unilad

Namun, tahukah anda mengapa pelakon ini tidak mempunyai teman wanita untuk suatu tempoh yang lama? Hal ini kerana pelakon yang turut terkenal sebagai watak utama John Wick ini pernah menjalinkan hubungan dengan Jennifer Syme pada tahun 1998.

Pasangan itu dilaporkan mempunyai hubungan yang sangat rapat dan mereka hampir mempunyai seorang anak perempuan bersama pada tahun 1999. Namun, bayi yang bernama Ava ini meninggal dunia semasa dilahirkan pada usia kandungan bayi itu mencecah lapan bulan.

Walau bagaimanapun, ujian buat pelakon ini tidak berhenti setakat situ sahaja. Dua tahun kemudian, teman wanitanya pula terlibat dalam sebuah kemalangan.

Jennifer terlibat dalam sebuah kemalangan selepas melanggar beberapa buah kereta di Los Angeles. Dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam pada itu, berita baik buat peminat Keanu Reeves kerana mereka mungkin akan melihatnya dengan lebih kerap apabila dia dilaporkan akan membintangi pelbagai projek termasuk filem terbaharu Matrix yang akan memulakan penggambaran pada tahun hadapan. Dia akan kembali sebagai Neo dalam filem berkenaan.

Artikel Lain Untuk Di Baca