Keadaan Bibir Wanita Ini Yang Melekat Di Dada Menyukarkannya Untuk Mendapat Kerja

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan nasib wanita ini.

Pada 15 tahun yang lepas, dia menjadi mangsa dalam satu tragedi kebakaran di mana wajahnya telah dijilat api sehingga melecur teruk. Gara-gara insiden itu, bahagian bibir wanita itu seolah-olah ‘mencair’ dan melekat di dadanya.

Ketika tragedi itu berlaku, wanita yang dikenali sebagai Leonor Niusa itu sedang bekerja di sebuah ruang penyimpanan petrol.

Meskipun api yang marak itu tidak meletakkan titik noktah pada hidupnya, namun kecedaraan yang dia alami itu masih jelas sehingga ke hari ini.

Kejadian tersebut berlaku di Kota Zamboanga, Filipina pada tahun 2004.

Kesan melecur itu menyebabkannya sukar untuk mencari pekerjaan tetap hingga sekarang.

Sumber:
Mirror Online

Artikel Lain Untuk Di Baca