Kawasan Arab Saudi Tukar Hijau Dan Subur Selepas Hujan

Gunung-ganang di kota suci Mekah dan kawasan sekitarnya bertukar menjadi hijau selepas dilanda hujan lebat dan banjir kilat selama beberapa minggu, lapor laman berita Middle East Monitor.

Sumber: Satu Viral

Beberapa klip video dikongsikan Agensi Berita Saudi (SPA) baru-baru ini menunjukkan kesan daripada hujan lebat berterusan di Mekah ke atas bukit-bukit dan gunung-ganang di sekitarnya.

Beberapa kawasan di Arab Saudi menyaksikan landskap muka bumi tandus berubah menjadi kehijauan terutamanya di barat negara itu.

Tumbuh-tumbuhan yang menghijau disebabkan kesan cuaca panas dan hujan telah dirakam menerusi imej satelit yang dikongsikan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Sumber: CNBC

Ada tanah tinggi berhampiran Tanah Suci itu dilihat diliputi tumbuhan hijau, jauh dari pemandangan biasa iaitu tanah tandus.

“Keadaan itu juga menarik penduduk untuk meluangkan masa berkhemah di taman dan kem-kem di wilayah berkenaan,” lapor SPA

Imej dan video tersebut tular di laman-laman media sosial dengan ramai pengguna meluahkan rasa terkejut melihat pemandangan itu.

Sumber: Siakap Keli

Ada antara mereka yang mengaitkan situasi tersebut dengan tanda-tanda kedatangan hari kiamat.

Bagaimanapun, ada juga antara pengguna yang menjelaskan bahawa fenomena tersebut hanyalah sementara dan pernah berlaku sebelum ini.

Bulan lalu, beberapa kawasan di barat dan tengah Arab Saudi dilanda hujan lebat, sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca