“Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung.” – Dr. Dzulkefly

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad menegaskan bahawa langkah kawalan pergerakan yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menangani COVID-19 itu bukanlah satu perintah berkurung.

Memetik laporan Malaysiakini, Dr. Dzulkefly menidakkan tanggapan umum bahawa langkah kawalan pergerakan itu satu perintah berkurung kerana ia sebenarnya merupakan satu bentuk menjarakkan hubungan sosial yang bertujuan untuk menurunkan jumlah kes dengan merendahkan lengkung (jangkitan) wabak.

“Ini bukan perintah berkurung. Apabila perintah berkurung kamu tidak boleh keluar rumah, kamu tidak boleh keluar untuk membeli makanan,” ujarnya

Tambahnya, “Ungkapan yang paling baik adalah elak aktiviti sosial. Benar ia gangguan tetapi matlamat akhirnya untuk merendahkan lengkung epidemik.”

Untuk pengetahuan anda, istilah merendahkan lengkung epidemik adalah merujuk kepada tindakan mengurangkan dan memperlahankan penularan sesuatu wabak.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan bahawa kerajaan akan membataskan pergerakan awam dalam usaha untuk membendung penyebaran COVID-19 dari 18 Mac sehingga 31 Mac.

Walaupun begitu, perkhidmatan-perkhidmatan penting dan pasar raya, pasar awam, kedai runcit serta kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.

Menerusi ucapannya, Muhyiddin turut menerangkan bahawa banyak negara telah mengambil langkah drastik untuk membendung COVID-19 seperti China yang menunjukkan penurunan dalam penyebaran virus tersebut.

Namun, Dr. Dzulkefly berkata malangnya perintah kawalan pergerakan ini dibuat tanpa mendapat nasihat yang wajar memandangkan langkah-langkah yang diambil itu tidak sebagaimana perintah berkurung di China atau Itali.

Jelasnya, “Sebagai pengerusi pasukan petugas khas Covid-19 di Selangor, saya setuju atas semua usaha ini. Ia selaras dengan usaha mengelakkan aktiviti sosial.”

Sementara itu, jangan lupa untuk jaga diri anda dan patuhi arahan kerajaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca