“Kau Menyokong Benda Yang Salah”, Waris Rayu Keluarga Sajat Kembali Ke Pangkal Jalan

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai isu usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat yang pergi menunaikan umrah bersama ibu bapa dan beberapa orang rakan baiknya. Apa yang hebat diperkatakan warganet kini adalah penampilan yang dipilih Sajat saat melaksanakan ibadah di tanah suci.

Menerusi gambar yang dimuat naiknya, Sajat dapat dilihat bergambar bersama ahli keluarga di Tanah Suci sambil berpenampilan seperti jemaah wanita ketika mengerjakan umrah.

Sebaik sahaja isu berkenaan tular, ia telah mencetuskan kemarahan dan perdebatan antara umat Islam dan agensi-agensi yang terlibat membawa Sajat dan rombongannya menunaikan ibadah di sana.

Terkini, perkongsian seorang warganet di laman sosial Facebook telah mendapat perhatian orang ramai. Mendakwa dirinya adalah salah seorang ahli keluarga terdekat Sajat, individu itu memuat naik posting yang merayu agar usahawan kosmetik dan keluarganya kembali ke pangkal jalan.

Berbicara mengenai bagaimana agensi yang menguruskan perjalanan umrah Sajat dan keluarganya membenarkan usahakan terbabit berpakaian seperti wanita ke Tanah Suci, wakil Albayt Travel menyatakan garis panduan pemakaian dipatuhi rombongan itu semasa di Malaysia tetapi lain jadinya sebaik tiba di sana.

Susulan daripada penularan insiden berkenaan, Sajat dan rakan-rakannya diselar orang ramai. Rata-ratanya mengecam tindakan Sajat yang boleh mencemarkan ibadah orang lain di sana.

Tidak cukup dengan itu, ada juga warganet yang menyoal pendirian ibu bapa usahawan kosmetik itu yang seperti menyokong anak mereka berpakaian seperti wanita.

Semoga Nur Sajat dan keluarganya diberikan peluang dan dibuka pintu hatinya oleh Allah untuk berada di jalan yang benar.

Untuk membaca artikel lain berkaitan usahawan kosmetik tempatan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca