“Kau Ambil Gambar Guna Kalkulator Ke Bro?” Iklan Motosikal Ini Dapat Perhatian Warganet

Pada masa kini, ramai yang lebih gemar untuk membeli secara dalam talian kerana selalunya, harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding di kedai. Bukan itu sahaja, membeli secara dalam talian juga mudah dan menjimatkan masa. Dalam erti kata lain, semuanya di hujung jari dan para pembeli tidak perlu membuang masa pergi ke kedai.

Pada masa yang sama, media sosial menjadi pilihan utama bagi para penjual untuk mengiklankan barangan yang hendak mereka jual. Hal ini demikian kerana mereka tidak perlu memikirkan soal sewa kedai dan kos-kos lain.

Namun begitu, ada segelintir penjual yang mengiklankan barangan mereka dengan cara yang kelakar. Berikut kami kongsikan satu perkongsian di laman Facebook oleh seorang penjual yang mendapat perhatian warganet:

Beliau ingin menjual sebuah motosikal tetapi gambar-gambar yang dikongsikan semuanya tidak jelas. Macam biasa, warganet pantas melakukan kerja mereka dengan meninggalkan komen yang tidak pernah menghampakan.

Jadi, ada tak pembaca di sini yang berminat nak beli? Kalau ada, sila PM tepi!

Artikel Lain Untuk Di Baca