KONGSIKAN

Tahukah anda bahawa di Amerika Syarikat sahaja hampir 500 juta straw digunakan setiap hari. Jumlah ini sahaja mencukupi untuk melilit Bumi sebanyak dua kali!

Straw-straw ini tidak dapat dihapuskan, malah ianya akan menjadi salah satu penyumbang kepada sisa sampah di lautan dan seterusnya menjadi ancaman yang merbahaya kepada hidupan marin. Terdapat banyak kes di mana hidupan marin ini mati akibat tertelan sisa sampah yang disangkakan makanan.

 

 

Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah untuk menguatkuasakan larangan penggunaan straw sebagai salah satu cara untuk memelihara alam sekitar di samping mengurangkan pencemaran berasaskan plastik. Kempen itu dikatakan akan bermula pada 1 Januari 2019 dan akan dijalankan sepanjang tahun sehingga ianya berkuatkuasa secara penuh.

 

 

Walaupun larangan penggunaan straw ini ditujukan kepada peniaga dan pengusaha kedai makan namun ianya tetap disambut baik oleh orang ramai. Selain itu, beberapa inisiatif lain turut dicadangkan bagi menggantikan pengunaan straw plastik. Antaranya ialah menggunakan straw dari bahan-bahan biodegradasi.

Selain Malaysia, beberapa negara lain yang turut menyokong larangan pengunaan straw ialah United Kingdom dan Australia. Malah restoran makanan segera McDonald turut menyokong inisiatif ini dengan tidak menyediakan straw buat para pelanggan melainkan pelanggan memintanya di kaunter.