Instagram Mula Sekat Penggunaan Kata-Kata Kesat Pada Kapsyen

Siapa antara anda merupakan pengguna tegar Instagram? Aplikasi ini merupakan salah satu daripada laman media sosial yang terkenal untuk semua pengguna Internet tidak kira lapisan umur.

Terkenal dengan pelbagai fungsi yang penting untuk kebaikan orang ramai, Instagram menjaga kesihatan mental penggunanya dengan sembunyikan jumlah sukaan di tujuh buah negara.

Tidak berhenti di situ, Instagram membuat pengumuman terbaharu bahawa platform itu sedia untuk menggunakan artificial intelligence (AI) bagi menyekat penggunaan kata-kata kesat dalam ruangan kapsyen!

Orang ramai dinasihatkan untuk ubah kapsyen mereka kepada sesuatu yang lebih mesra untuk tontonan ramai melalui penggunaan AI.

Walaupun begitu, penggunaan kecerdasan buatan ini hanya ditawarkan untuk bahagian kapsyen sahaja buat masa ini! Pada masa hadapan, fungsi itu bakal ditawarkan untuk ruangan komen pula.

Namun, ia merupakan sebuah inisiatif yang baik daripada Instagram untuk tawarkan platform yang lebih sihat buat orang ramai.

Buat masa ini, kemas kini terbaharu ini cuma ditawarkan di beberapa negara sahaja dan bakal ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi!

Dalam pada itu, Instagram kini mempunyai fungsi terbaharu seperti pengguna tidak lagi berpeluang untuk melihat jumlah sukaan yang diterima oleh pengikut lain!

Anda boleh klik pautan di bawah ini mengenai fungsi lain Instagram untuk bacaan lanjut.

Paparan ‘Likes’ Di Instagram Kini Disembunyikan Di 7 Buah Negara

Kesan Buruk Instagram Terhadap Kesihatan Mental Anda

‘Beli’ Populariti, BTS Antara Selebriti Yang Mempunyai Pengikut Palsu Tertinggi Di Instagram

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca