Karen Buat Hal Lagi, Wanita Ini Cari Pasal Dengan Pengawal Keselamatan Di Bangsar Pula

Baru-baru ini tular tentang seorang wanita warga asing yang membuat onar di seuah pusat membeli belah di KLCC kerana enggan memakai pelitup muka.

Kini, wanita yang telah dilabel sebagai ‘Karen’ oleh warganet itu telah didapati mengulangi adegan yang sama di sebuah pusat beli-belah di Bangsar.

Seorang pengguna Twitter @nabilaazzez telah merakam kejadian tersebut dan memuat naik dalam sebuah ciapan di Twitter yang kini telah mendapat lebih 80,000 jumlah tontonan.

Dia yakin bahawa wanita berbaju biru muda itu adalah wanita sama yang telah mencetuskan kekecohan di cawangan Dior KLCC pada hari Rabu lalu.

Kali ini, wanita itu didapati hendak memasuki BCS (Bangsar Shopping Complex) tetapi tidak dibenarkan kerana tidak memakai pelitup muka.

Wanita itu kemudiannya kelihatan seperti bertengkar dengan pengawal keselamatan yang menjaga pintu masuk pusat beli-belah itu pada 10 pagi semalam.

Dia dilihat telah meninggalkan pintu masuk itu setelah selesai merakam pengawal keselamatan itu.

Pengguna Twitter @nabilaazzez berkata, dia sempat mereka dia cuba memasuki pintu masuk BSC ketika dia sedang duduk di sebuah kafe Burrow KL yang terletak bertentangan dengan pintu masuk pusat beli-belah itu.

Setelah kejadian di KLCC, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memberi respons tentang perkara itu.

Beliau memaklumkan bahawa pihaknya akan mendapatkan maklumat berhubung kejadian tersebut.

Susulan itu, orang ramai telah meminta menteri berkenaan untuk mengambil tindakan yang berat terhadap wanita tersebut.

Pada Rabu lepas, sebuah rakaman melibatkan wanita itu bertengkar dengan kakitangan di KLCC yang menghalangnya memasuki cawangan Dior di situ kerana tidak memakai pelitup muka.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca