Karam Selepas Terkandas, Kapal Mewah ‘James Bond’ Ini Terlanggar Batu

Sebuah kapal layar mewah yang dinamakan 007 karam selepas terkandas kerana melanggar batu di pulau Kythnos, Greece.

Kapal sepanjang 160 kaki itu dilihat berada dalam keadaan senget di tepi laut. Kesemua lima penumpang berjaya diselamatkan.

Kapal layar mewah yang bertemakan James Bond itu mempunyai helipad, dirakam terbaring separa tenggelam kira-kira 15 meter dari Pantai Kolona.

Berdasarkan laporan, kenderaan itu telah melanggar batu sekitar jam 11 malam lalu kemudian air mencurah-curah masuk ketika penyelamat bergegas untuk menyelamatkan penumpang ke kapal lain dan ke darat.

Sistem pengesan global (GPS) dilaporkan tidak berfungsi dan menurut seorang pemilik bot tempatan, pengemudi kapal tersebut mengambil keputusan membawa kapal itu lebih dekat ke pantai.

“Ketika berusaha untuk memastikan kapal tidak tenggelam, kaptennya mengemudi kapal menuju kawasan pantai pada kedalaman kurang 10 meter. Begitulah bagaimana kapal layar itu boleh berada pada kedudukan tersebut (terkandas).”

Sumber: The Sun

“Tiada orang yang cedera. Pengawal pantai segera menyedari dan menghantar bantuan pada waktu malam. Keesokan harinya mereka memasang perimeter antipencemaran.” Jelasnya.

Tiada sebarang kebocoran diesel atau kerosakan pada pemandangan berlaku disebabkan insiden tersebut.

Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan bagi menentukan punca kejadian.

Kapal 007 mempunyai lima kabin termasuk main suite yang boleh memuatkan 10 orang. Kapal itu pada asalnya sepanjang 105 kaki dan dipanggil Royal Enterprise tetapi menjalani proses naik taraf.

Ia berlaku selepas kapal layar super My Saga sepanjang 140 kaki karam di luar pantai Itali akibat dilanda ribut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca