Kapasiti Telah Mencapai Tahap Maksimum, Dilema Pusat Perlindungan Kucing

bustana kucing

Sebuah pusat perlindungan kucing yang dikenali sebagai Bustana Kucing Perlis, telah menghentikan urusan penyerahan kucing buat sementara waktu.

Sebelum ini tempat tersebut sedia menerima kucing yang ingin diserahkan oleh pemiliknya yang tidak mampu membela lagi.

Namun kini jumlah kucing semakin hampir ke angka 2,000 ekor menyebabkan mereka terpaksa untuk berhenti menerima haiwan itu ketika ini. Manakala kos bulanan Bustana Kucing Perlis sudah hampir mencecah RM100,000 sebulan.

Berdasarkan perkongsian salah seorang petugas Bustana Kucing di laman Facebook, buat masa ini mereka akan memberikan fokus kepada penjagaan dan rawatan kepada kucing-kucing sedia ada sahaja.

Zakaria Shafie juga meminta jasa baik semua orang untuk mencarikan keluarga baru buat kucing-kucing di sana.

Sementara itu, ada juga sesetengah pihak yang mengugut ingin membuang kucing mereka di pasar jika pihak pusat perlindungan ini tidak boleh menerimanya.

Tetapi Zakaria bertegas bahawa individu yang membuang haiwan peliharaan akan ditangkap serta boleh dikenakan tindakan.

Di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015, hukuman terhadap si pelaku ialah penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum sebanyak RM100,000.

Katanya lagi isu lambakan kucing sudah semakin meningkat. Keengganan serta kegagalan pemilik untuk memandulkan kucing mereka merupakan salah satu punca dan juga alasan yang diberikan oleh pemilik haiwan ini.

Luahan salah seorang petugas pusat perlindungan kucing berkaitan isu ini diharap dapat membuka mata orang awam.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca