Seorang wanita dilaporkan tidak sengaja meninggalkan anaknya di terminal lapangan terbang semasa penerbangan dari Arab Saudi ke Malaysia. Kapal terbang Saudi Arabian Airlines terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jedah selepas wanita tersebut memberitahu krew kabin bahawa anaknya tiada bersamanya.

Sumber: arabnews.com

Sebuah video telah tular di laman media sosial menunjukkan juruterbang tersebut sedang meminta izin daripada pengawal trafik udara untuk kembali ke lapangan terbang.

“Semoga Tuhan bersama kita. Adakah kami boleh berpatah balik atau tidak?” tanya juruterbang kepada pengawal trafik udara. Selepas operator tersebut mengambil nombor penerbangan, kemudian beliau meminta nasihat daripada rakan sekerjanya tentang protokol tersebut kerana ia merupakan sesuatu yang baru bagi mereka.

Juruterbang tersebut menegaskan bahawa seorang penumpang terlupa untuk membawa anaknya ke dalam pesawat dan meminta untuk berpatah balik. Selepas beberapa hujah akhirnya kapal terbang itu mendapat keizinan untuk kembali dan mengambil anaknya yang ditinggalkan di kawasan menunggu.

Menurut The Telegraph, pesawat tersebut selamat mendarat dan ibu tersebut telah bersatu kembali bersama anaknya.

Menurut Gulf News, kejadian aneh ini telah berlaku pada hari minggu dan pesawat tersebut sudah berada di udara. Walau bagaimanapun, terdapat sumber mengatakan bahawa pesawat tersebut masih belum berlepas dan video tersebut tidak menyatakan dengan jelas tentang perkara ini.

Semoga kejadian ini diambil iktibar dan dinasihatkan bahawa ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda