Adakah ini kapal terbang atau paus terbang?
Kapal terbang yang comel ini dikenali sebagai Beluga XL Airbus. Ia direka seperti ikan paus Beluga iaitu sejenis mamalia marin yang berkepala bulat dan pandai.
Kapal terbang tersebut bukanlah direka untuk memberi penghormatan kepada ikan paus Beluga tetapi disebabkan undian daripada pekerja syarikat tersebut. Para pekerja telah diberi peluang untuk mengundi beberapa reka bentuk kapal terbang tersebut. Ternyata, pilihan ikan paus Beluga telah dimenangi dengan 40% daripada undian pekerja.
Pada tahun lepas, ia berada di langit buat kali pertama semasa ujian penerbangannya di Perancis. Kini ia sedang menjalani beberapa ujian terakhir sebelum digunakan secara komersial. Selain itu, ia digunakan untuk membawa barang kargo dan bukannya penumpang. Banyak barang kargo boleh dibawa kerana rekaannya yang unik.
Reka bentuk kepala kapal terbang ini menjadikannya lebih aerodinamik dan lebih cekap. Selain fungsinya yang praktikal, kapal terbang ini telah membawa banyak senyuman di wajah ramai orang.
“Kanak-kanak juga kenal dan suka pada kapal terbang yang istimewa ini,” kata Bertrand George, seorang ketua program Beluga XL.
Kapal terbang Beluga XL nampak comel dan menarik, bukan?