‘Kantoi’ Positif Dadah, 19 Anggota PDRM Dan Tentera Yang Ditangkap Berpelesiran Di Kelab Malam

Seramai 47 orang termasuk 19 anggota polis dan seorang tentera berjaya dicekup dalam satu serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Raja Chulan yang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.

Pengarah JIPS, Datuk Zamri Yahya berkata, kesemua suspek yang ditahan dalam operasi kira-kira jam 1 pagi itu kini sedang ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sementara siasatan sedang dijalankan.

Suspek yang ditahan termasuk dua pekerja kerajaan, seorang penolong pendaftaran dan seorang askar.

“Ujian saringan air kencing mendapati lapan anggota berpangkat rendah terbabit dikesan positif dadah.”

“Selain itu, tangkapan selebihnya iaitu 26 orang turut membabitkan orang awam serta dua kakitangan kerajaan iaitu masing-masing adalah Penolong Pendaftar Mahkamah dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Selain tindakan undang-undang, JIPS akan mengambil tindakan tatatertib terhadap 19 anggota polis berkenaan kerana ingkar perintah dengan mengunjungi pusat hiburan kepada semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (2)/(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) akta yang sama,” tambah beliau.

Artikel Lain Untuk Di Baca