‘Kantoi’ Guna Pasport Palsu, Legenda Bola Sepak Ronaldinho Dipenjara 6 Bulan

Meskipun dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan, legenda bola sepak Ronaldinho masih kekal tersenyum lebar.

Bekas bintang Barcelona dan AC Milan itu dilaporkan ditahan pihak berkuasa Paraguay pada 5 Mac 2020 lalu selepas cuba menggunakan pasport palsu untuk memasuki negara terbabit. Turut dicekup bersama adalah abang kepada Ronaldinho.

Menurut Adolfo Marin iaitu peguam yang mewakili Ronaldinho, bekas pemain bola sepak itu langsung tidak mengetahui bahawa dirinya telah melakukan apa-apa kesalahan dengan cuba memasuki Paraguay dengan menggunakan pasport yang tidak sah.

Menerusi satu temu bual, peguam berkenaan juga melabel anak guamnya itu sebagai bodoh kerana tidak menyedari dokumen perjalanan yang diberikan kepadanya itu adalah palsu.

“Mahkamah tidak mengambil kira sekiranya Ronaldinho tidak tahu mengenai jenayah yang dilakukan kerana dia tidak sedar dirinya sudah dibekalkan dengan pasport palsu. Dia bodoh,” kata Adolfo.

Dalam pada itu, berita penangkapan Ronaldinho ini telah menarik perhatian Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang kini mendesak kerajaan Paraguay untuk membebaskan bekas legenda di atas padang itu susulan Ronaldinho baru sahaja diangkat sebagai duta pelancongan Brazil pada September 2019.

Musibah yang menimpa Ronaldinho itu diibaratkan ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kerana bekas atlet itu kini turut dibebani beberapa masalah kewangan.

Sebelum ini, Ronaldinho dilaporkan meraih pendapatan keseluruhan hampir 100 juta pound sterling (RM540 juta). Walau bagaimanapun, beliau terpaksa menggadaikan sebahagian besar asetnya untuk membayar hutang sehingga baki yang tinggal difahamkan hanya berjumlah sekitar RM27.

Isu kewangan Ronaldinho dikatakan semakin memburuk apabila legenda itu masih terus mengamalkan gaya hidup mewah sehingga jatuh muflis.

Untuk membaca artikel lain berkaitan bola sepak, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca