‘Kantoi’ Dicekup JHEAT, Lelaki Ini Beri Alasan Takut Cicak Dalam Bilik Sendiri

Pada Jumaat lalu, seorang lelaki berumur 20-an ditemukan berada di rumah rakan wanitanya yang bertempat di sebuah chalet di Pulau Perhentian, Besut.

Pemuda ini mengemukakan alasan ‘takutkan cicak besar’ di dalam bilik sewanya apabila ditahan dalam serbuan operasi pencegahan maksiat yang dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Serbuan yang dijalankan pada jam 3.30 pagi itu mendapati bahawa seorang daripada rakan wanita pemuda berkenaan merupakan isteri orang.

Pihak berkuasa melaporkan bahawa ketiga-tiga individu tersebut tidur dalam satu ruangan yang sama meskipun pemuda berkenaan sudah menyewa bilik lain yang terletak bersebelahan dengan mereka sahaja.

Selain daripada ketiga-tiga individu berkenaan, difahamkan bahawa pihak JHEAT turut menahan sepasang kekasih yang menginap di chalet tersebut.

Hasil siasatan mendapati bahawa seorang lelaki yang berusia 40-an itu menyatakan bahawa dirinya tertidur di bilik teman wanitanya yang berumur 20-an selepas mengambil barang di situ.

Kesemua individu berkenaan telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana dipercayai khalwat.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca