Kantoi Bawa Ganja Ketika Sekatan Jalan Raya, Lelaki Ini Ditahan Polis

Seorang penunggang motosikal ditahan selepas polis menemukan sebuah bekas berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja di dalam begnya ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di persekitaran Tesco Rawang, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah menahan suspek lelaki pada kira-kira 10.30 pagi semalam.

Beliau berkata selain dadah yang ditemukan di dalam beg suspek, polis turut menjumpai sebatang rokok gulung dan suspek gagal memberikan alasan munasabah berada di luar ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita menjumpai satu bekas tin berisi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah ganja serta satu batang rokok gulung,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Arifai berkata suspek akan direman hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 11 di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharaan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca