‘Kantoi’ Ambil Gambar Buah Dada Wanita Dalam Tren, Lelaki Ini Pura-Pura Berswafoto Apabila Ditegur

Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter apabila sekeping foto yang dimuat naik oleh pengguna laman tersebut memaparkan seorang lelaki sedang mengambil gambar bahagian buah dada seorang wanita di dalam tren.

https://twitter.com/eizelfaustineee/status/1190832193712427008

Sebelum kalian semua mempersoalkan kenapa individu tersebut sekadar mengambil gambar dan bukannya menegur perbuatan tidak bermoral itu, sebenarnya dia sudah pun berbuat demikian. Namun begitu, si pelaku dikatakan terus berpura-pura sedang berswafoto sebaik sahaja ditegur individu terbabit.

Hantaran menerusi akaun @eizelfaustineee itu ternyata berjaya mencuri perhatian warganet. Rata-rata bengang dengan perbuatan lelaki berkenaan yang memang tidak patut berlaku sama sekali.

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa perempuan sering kali dipersalahkan apabila menjadi mangsa lelaki pervert atas alasan berpakaian seksi.

Namun begitu, dalam hal ini, tuduhan itu tidak boleh diguna pakai sama sekali memandangkan wanita yang menjadi mangsa dalam foto berkenaan berpakaian cukup sopan. Malah, pakaiannya langsung tidak menampakkan bentuk tubuh badannya.

Dalam pada itu, ada juga segelintir individu yang langsung tidak ambil serius tentang perkara itu.

Mereka sebaliknya boleh membuat lawak tentang foto itu dengan mengatakan mungkin lelaki berkenaan suka dengan corak baju yang dipakai wanita tersebut.

Individu yang berkongsi foto itu bagaimanapun tidak menyatakan di mana kejadian tersebut berlaku. Apa-apa pun, sentiasalah berwaspada setiap kali anda keluar dari rumah kerana syaitan bertopengkan manusia itu ada di mana-mana sahaja.

Artikel Lain Untuk Di Baca