Kandungan Metanol Dalam ‘Hand Sanitizer’ Akan Menyebabkan Keracunan Dan Kematian

Memandangkan penularan wabak COVID-19 sudah kembali menunjukkan peningkatan, penggunaan hand sanitizer semakin diperlukan ketika ini.

Walau bagaimanapun, Pentadbiran Ubat-Ubatan Makanan (FDA) telah menemukan kandungan berbahaya dalam produk cecair sanitasi tangan (hand sanitizer).

FDA menyatakan bahawa kandungan metanol iaitu satu bentuk alkohol berbahaya pada produk hand sanitizer berpotensi untuk meracun tubuh manusia melalui perantara kulit.

Hand sanitizer pada ketika ini telah menjadi keperluan penting sejak penularan COVID-19 yang berlaku sehingga menyebabkan banyak perusahaan telah mengeluarkan hand sanitizer untuk dijual kepada pelanggan.

Hal ini telah menyebabkan ada di antara mereka yang mengambil kesempatan dengan menggunakan metanol dalam produk mereka yang jelas membahayakan kesihatan.

“Kegagalan pengeluar menarik balik semua produk yang mengandungi metanol akan meningkatkan risiko keracunan pada masyarakat,” kata FDA dalam satu kenyataan.

FDA juga turut menasihatkan agar masyarakat lebih berhati-hati ketika membeli produk pembersih tangan itu dengan memeriksa kandungan yang digunakan serta membeli jenama yang dipercayai.

Menurut kenyataan daripada FDA, pada awal bulan lalu, sekurang-kurangnya terdapat empat kes kematian di New Mexico yang disebabkan keracunan metanol yang terdapat dalam hand sanitizer.

Namun, anda tidak perlu risau kerana alkohol jenis isopropil yang biasa digunakan dalam pembuatan hand sanitizer bagaimanapun selamat dan tidak beracun seperti metanol.

“Kesan keracunan metanol boleh menyebabkan seseorang berasa mual, muntah, sakit kepala, penglihatan kabur, buta kekal, kekejangan, rosak sistem saraf dan menyebabkan kematian.

“Meskipun ia hanya digunakan pada tangan namun ia tetap berisiko untuk terkena keracunan metanol,” kata FDA.

Setakat ini, FDA telah mengenal pasti penggunaan metanol sebanyak lebih 75 jenama dan kebanyakannya tidak menyenaraikan metanol sebagai salah satu bahan kandungannya.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca